Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 7 Februari 2010

Ahli Parlimen Kelana Jaya nafi tinggalkan PKR

PETALING JAYA, Feb 7 – Ahli Parlimen Kelana Jaya Loh Gwo-Burne (gambar) menolak desas-desus beliau berhasrat untuk meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sambil menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Pakatan Rakyat.
Nama Loh, yang popular di sebalik skandal klip video Datuk V.K.K. Lingam disebut-sebut sebagai akan turut meninggalkan PKR ketika penasihat mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim berhadapan dengan kes liwat yang bakal menentukan masa depan politiknya.
“Sejak seminggu lalu terdapat pelbagai khabar angin beberapa Ahli Parlimen PKR akan bertindak sebagai wakil rakyat bebas ataupun menyertai Barisan Nasional.
“Saya tidak tahu bagaimana nama saya disebut banyak kali sebagai salah seorang Ahli Parlimen yang terbabit. Kawan-kawan yang kenali saya tahu bahawa ini adalah tidak benar,” kata Loh kepada pemberita di pejabatnya di Sunway Mentari, Bandar Sunway dekat sini.

Senator DAP dari Selangor S. Ramakrishan dan Ahli Parlimen PKR Kapar S. Manikavasagam yang hadir pada sidang media itu juga menekankan Loh akan tetap bersama Pakatan Rakyat.
Loh menegaskan dalam apa jua keadaan beliau tidak akan meninggalkan PKR.
Justeru katanya, hubungan beliau dalam PKR dan Pakatan Rakyat adalah baik.
“Saya ingin menekankan dengan tegas bahawa dakwaan dan spekulasi ini adalah tidak benar. Tidak, saya tidak akan meninggalkan PKR dan Pakatan,” kata Loh.
Beliau juga mengingatkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mereka diberi mandat untuk membawa negara ke arah hala tuju baru dan oleh itu pertelingkahan sesama mereka perlu dihentikan demi masa depan negara.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....