KUALA LUMPUR:
Ikhwanul Muslimin Mesir menyifatkan PAS sebagai sahabat sejati di waktu
suka dan menghargai sokongan dan dokongan tidak berbelah bahagi PAS
kepada Ikhwan selama ini, ujar Timbalan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin Mesir, Sheikh Jumaah Amin.
Dalam satu pertemuan dengan Pengerusi lajnah Antarabangsa PAS Pusat,
Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, beliau mengharapkan ahli PAS mendoakan
kesabaran kepada anggota Ikhwanul Muslimin yang sedang menghadapi ujian.
"Kepimpinan PAS di bawah Ustaz Abdul Hadi dan Ustaz Nik Abdul Aziz
ialah sahabat sejati kami di waktu senang dan susah. Kami amat
menghargai sokongan dan dokongan yang tidak berbelah-bahagi dari PAS
kepada Ikhwan."Doakan kesabaran kami dalam menghadapi ujian ini," ujar beliau.
Menurut Sheikh Jumaah, ramai kalangan pemimpin Ikhwan yang dibunuh
dan gugur di jalan Allah dan ribuan kini ditahan di penjara seluruh
Mesir sebaik selepas rampasan kuasa (kudeta) tentera yang mengguling
presidan Mohamad Morsi.
Kudeta yang didokong Barat dan beberapa negara Teluk itu, jelasnya telah menumbangkan kerajaan demokratik pimpinan Morsi yang dipilih rakyat dalam proses pilihan raya yang telus dan adil.
"Kami sudah biasa di penjara. Malah saya sendiri sentiasa keluar
masuk penjara sejak zaman pemerintahan bekas presiden Sadat dan Mubarak
lagi. Hanya kesabaran dan keyakinan kepada janji-janji Allah SWT menjadi
senjata kami," tegas beliau.
Sheikh Jumaah menambah, ketidakadilan, penindasan dan dendam kesumat pihak junta
hanya akan menguatkan keazaman di hati anggota Ikhwan dan menggandakan
tekad mereka untuk menewaskan junta tentera pengkhianat dan
mengembalikan kebebasan, maruah dan kedaulatan rakyat.
"Kami yakin dgn janji-janji Allah SWT dan detik-detik kemenangan akan
pasti datang dengan kesabaran dalam ujian yang amat mencabar ini,"
ujarnya.Sheikh Jumaah turut mengirimkan salam buat seluruh pejuang kebenaran dan rakyat Malaysia.Hrkh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan