Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 18 Mac 2014

Ibrahim Ali Gelar Pakatan Rakyat ' Ibu Segala Fitnah '

 Ibrahim berkata beliau tidak pernah bertemu mahupun bergambar dengan Chew

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari menggelar Pakatan Rakyat (PR) sebagai ibu segala fitnah selepas gambar presidennya, Datuk Ibrahim Ali dikaitkan dengan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun.
Ibrahim berkata Perkasa tiada kaitan dengan MCA dan beliau sendiri tidak pernah bertemu mahupun bergambar dengan Chew.“PR selalu tuduh pemimpin mereka selalu difitnah tetapi siapa sebenarnya pemfitnah. Ibu fitnah adalah PR. Mereka sudah bankrap modal politik.

“Kempen Pilihan Raya Kecil Kajang, puak haprak pembangkang terdesak dan terpaksa mengedar gambar tipu yang direka kononnya Chew bergambar dengan saya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie menggesa pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab mengubahsuai gambar Chew memakai bikini.

Gambar yang diedarkan itu tertulis “Undilah Saya, DUN N25 Kajang” dan memaparkan namanya."Penyokong Pakatan meletakkan martabatnya begitu rendah hanya untuk PRK. Kaedah keji yang memalukan wanita ini haruslah dihentikan serta merta," kata Heng.

Ibrahim berkata dirinya dikaitkan dengan Chew adalah bagi mengundang rasa marah pengundi Cina yang terbiasa menggelar Perkasa sebagai satu pertubuhan rasis.Katanya, dengan tersebar gambarnya bersama Chew membuktikan pihak pembangkang sangat terdesak dalam kempen politik.

“Saya amat kesian sebab PR terdesak sehingga saya diguna untuk menarik undi kaum Cina. Baru saya sedar, saya benar-benar hebat daripada PR.“Kalau saya tidak hebat, masakan gambar saya diguna. Tetapi saya hebat bukan sebagai peliwat atau pembohong bersiri.
“Di masjid cakap lain, di gereja cakap lain, di kuil cakap lain,” katanya yang dipercayai merujuk kepada perlakuan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.TMI

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tanya lah ibrahim ali, lu minta rm500000 ngan eastern access sdn bhd dah bayor ke?

Tanpa Nama berkata...

tak mustahil kerana dulu ibrahim ali adalah pengemis politik yg menjilat najis babi negara (bn)

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....