Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 18 Ogos 2014

MB Selangor : TG Nik Aziz Enggan Ulas Keputusan Pas,Kenapa ???

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu mendengar penjelasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan berhubung keputusan parti itu mengemukakan dua nama calon Menteri Besar Selangor.

Enggan mengulas lanjut, Nik Aziz berkata, Abdul Hadi akan bertemunya esok di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru di Kota Darulnaim dan segala-galanya akan dijawab selepas pertemuan itu nanti.

“Saya tidak boleh sebut sebelum beliau (Abdul Hadi) membuat kenyataan kerana itu peraturan, namun saya bersyukur pemimpin Pas Kelantan tidak banyak mulut, walaupun mereka lebih berpengalaman dalam perbalahan yang dibuat oleh orang politik,” katanya hari ini.

Menurutnya, beliau tidak mahu penyokong Pas terlalu membicarakan sesuatu isu sehingga boleh merumitkan keadaan.

“Saya tidak mahu ajar penyokong Pas banyak mulut dan panjang lidah memperkatakan itu dan ini yang akhirnya akan merumitkan keadaan, apa pun kita berdoa kepada ALLAH mudah-mudahan Pakatan Rakyat kekal,” katanya.

Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat hari ini sebulat suara bersetuju mencadangkan dua calon, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tuan guru mati akal...bukan kebijaksanaan ditunjukn..ada keutamaan lain yg didahulukan (bukan kerana islam)

Tanpa Nama berkata...

Lain sungguh kenyataan TGNA kali ini. Lain dengan kenyataannya yang menyokong statement TGHH dulu dan selepas mesyuarat MSU tempohari.

Kedua-dua kenyataan tersebut mengejutkan banyak pihak bukan seperti TGNA yang kita kenal. Hari ini kita nampak seolah-olah TGNA perasan sesuatu. Dia nak tunggu TGHH bagitau sendiri. Kalau dulu beliau menyokong kenyataan TGHH yang menyokong TSKI, TGNA ada memberitahu bahawa beliau telah dimaklumkan perkembangan juga oleh TGHH.

Ingat lagi kenyataan setiausaha MSU mengenai keputusan MSU yang ditandatangani oleh TGNA selepas maghrib dirumahnya? Setiausaha kata dia baca keputusan MSU depan TGNA. Kemudian TGNA tandatangani walaupun TGNA hanya hadir 30 minit je kerana tak sihat. Kenyataan setiausaha tersebut bawa 2 tafsiran. Satu memang prozedur kot mursyidul am kena tandatangani keputusan mesyuarat MSU walaupun tak hadir . Satu lagi persedian agenda tertentu kerana pengaruh TGNA amat besar di dalam PAS.

Sama-sama kita lihat kenyataan TGNA selepas berjumpa TGHH esok.

Tanpa Nama berkata...

DTGNA adalag seorang yang lurus bendul dan segala ucapan beliau adalah berdasarkan kenyataan samaada beliau diberi taklimat oleh pembantu atau penasehat atau setiausaha peribadi atau beliau sendiri berada ditempat sesuatu isue atau peristiwa , tapi dalam kes MB selangor Tok guru hanya mendengar dari TGHHA dan mungkin TG HHA pula dapat maklumat salah dari sumber yang salah jadi TGNA pun dapat maklumat yang salah juga maka terjadilah apa yang telah terjadi,oleh itu kali ini TGNA akan lebih peka dengan apa yang berlaku sebalinya, sebenarnya ada maknusia yang cuba nak memerangkap Tok Guru dalam kemelut MB yang keras kepala ini dan yang silapnya TGHHA sendiri yang buat silap kerana beri kenyataan yang belum saheh beritanya sebelum PAS pusat buat kenyataan, dan sekarang kenapa TGNA pula nak dipersalahkan.

Tanpa Nama berkata...

dah terkena leh pkr!
punya lama fikir2 tup2 selamba ja pkr lekehkan saranan pas.jijah gak akan dipersembahkan.pas xda telor ke klu tski bubar dwn ?kerosakan dah berlaku!silap hari bulan apa yg dikendong keciciran,yg di kejar x dapat.melopong kot.

bat8 berkata...

Kan Azmin Ali tarik diri dari diangkat namanya sebagai calon MB bersama nama DSWA. Kan video penarikan diri beliau kita boleh tengok. Dia lebih pentingkan parti dari jawatan. Lagipun Azmin juga punca oemelut di selangor dan langkah kajang.

Bandingkan tuduhan TGHH pasal pil kuda dan kominis kepada calon Pakatan dari PKR tempohari. Pun ada video jugak. Sampai hari ni dakwaan tersebut tak dapat dibuktikan oleh TGHH atau menantunya Din Ayam.

Bandingkan kedua video dan fikirlah siapa yang nak kenakan sapa? Sehingga hari ini kepala-kepala sabotaj PKR dalam PRU 13 masih tidak diambil tindakan oleh PAS. Kepala-kepala ni juga sah tak wala kepada Presiden dan parti.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....