Menteri
Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memohon menghadap Sultan
Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mendapatkan nasihat baginda
tentang langkah seterusnya untuk diambil berikutan keputusan terbaru PAS hari
ini.
Beliau
berkata menerima dengan hati terbuka keputusan PAS Pusat berkenaan status
menteri besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco) yang
dibuat melalui mesyuarat selama 90 minit pagi ini.
"Dengan
perkembangan terbaru ini, saya akan memohon menghadap Sultan Selangor untuk
memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya.
"Sehingga
Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan
Negeri Selangor bersama 4 ahli Exco daripada PAS bagi memastikan rakyat tidak
terkesan dengan krisis politik ini," katanya dalam satu kenyataan.
Pada
mesyuaratnya pagi ini, PAS memutuskan bersetuju dengan pilihan PKR melantik
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid.
Parti
Islam itu juga turut menyerahkan nama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali
sebagai nama calon lain untuk diangkat menjadi menteri besar.
Dua nama
itu kemudiannya akan ditentukan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang dijadualkan
berlangsung petang ini, menurut Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu membaca
kenyataan yang ditandatangani Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
2 ulasan:
Dengan Nama Allah SWT
Ha..Ha.. Ha.. Jangan syiok sakan la oiiii.... Pas nak tambah lagi satu nama pencalonan untuk Sultan Selangor perkenankan di tabal menjadi MB Selangor yang baharu .... itu kata PAS sahaja ... Adakah Parti laki bini setuju dan adakah parti DAP setuju dengan penambahan nama selain DS Dr Wan Azizah ... tempoh hari PC oleh DS Dr Wan menagatakan beliau mendapat mandat 30 ahli PR menyokong beliau untuk ganti TSKI sebagai MB Selangor yang baru...
Andaikata Parti laki bini dan DAP tak setuju dengan cadangan PAS untuk tambah pencalonan nama MB Selangor ... PAS kena mesyuarat lagi ke?????
Parti laki bini yg mana? Bukan kah UMNO mencipta Perdana Menteri dan President di sebalik kemban bini.PM proxy bini.
ia confirm mendapat restu Lee Kuan Yew
Catat Ulasan