Menteri Besar negeri Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob hadir menziarahi
mendiang Karpal Singh di kediamannya hari ini dan masuk melihat jenazah
mendiang bagi memberikan penghormatan terakhir.
Ahmad semasa sidang media memuji mendiang sebagai pembela keadilan dan rakyat sepanjang hayatnya."Saya mewakili kerajaan Kelantan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang keatas pemergian Karpal.
"Kita kehilangan pejuang yang aktif perjuangkan keadilan rakyat," kata Ahmad dalam sidang media di kediaman mendiang.Ketibaan Ahmad yang berbaju jubah dan berkopiah disambut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli keluarga mendiang.
Ahmad kemudian menandatangani buku takziah dan terus masuk ke dalam kediaman di mana jenazah Karpal ditempatkan di dalam rumah.Selepas selesai, Ahmad kelihatan berbual-bual seketika dengan Lim dan penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Ahmad juga berkata kehilangan Karpal pasti dirasai di Parlimen kerana banyak memperjuangkan isu dan membela rakyat."Kita kehilangan pemimpin yang banyak berjasa terutamanya di Parlimen
dan membela rakyat dalam banyak perkara, terutama melibatkan soal
keadilan."Kita semua bersedih dengan pemergiannya," kata Ahmad.TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan