Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali diperintahkan keluar dewan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika sidang Dewan Rakyat pagi ini.
Azmin diperintah keluar dewan setelah berulang kali meminta penjelasan Pandikar mengapa usul mencela tiga Hakim Mahkamah Rayuan dalam kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak disegerakan untuk dibahas.
Azmin, ketika memohon penjelasan berhubung keputusan speaker berkaitan usul tersebut, berkata biarpun mengakui usul berkaitan urusan kerajaan perlu disegerakan, usul beliau sewajarnya diberikan keutamaan selepas setiap usul kerajaan selesai dibahaskan.
"Jika dilihat pada Aturan Urusan Mesyuarat, usul berkaitan kerajaan berakhir pada nombor enam. Mengapa usul saya yang disokong 63 anggota parlimen lain tidak diletakkan di nombor tujuh agar ia boleh disegerakan?
“Mengapa usul dari Putatan yang bersendirian boleh diletakkan pada nombor itu?" soal beliau berulang-kali sehingga menimbulkan ketegangan ke atas speaker dan ahli dewan yang lain.
Sementara itu, Pandikar menyarankan Azmin agar berunding dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim untuk membolehkan usul yang dibawanya dapat disegerakan dan dibahaskan.
Bagaimanapun, Azmin meminta penjelasan Pandikar sama ada Shahidan mempunyai kuasa untuk membolehkan usul tersebut dibahaskan dengan segera, namun Pandikar kemudiannya mengeluarkan arahan untuk Azmin keluar dewan.

Ketika
itu, Azmin sekali lagi memohon penjelasan tentang keputusan Pandikar
mengarahkannya keluar sebelum mendapat penjelasan, namun Pandikar
berulangkali meminta bentara menjalankan tugas untuk mengiringi Azmin
keluar.
Bercakap kepada media selepas itu, Azmin berkata beliau kecewa dengan keputusan speaker yang mengarahkannya keluar dewan tanpa sebarang penjelasan.
"Saya minta penjelasan beliau, mengapa usul sepenting itu, yang juga menepati peraturan mesyuarat, malah Perlembagaan Malaysia ditolak sewenang-wenangnya," kata beliau.
Tambah
beliau, usul yang dibawa beliau dibuat mengikut Perkara 127
Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada parlimen membincangkan
kelakuan hakim dengan syarat memerlukan sekurang-kurangnya satu perempat
daripada ahli parlimen.
Beliau berkata kedudukan Perlembagaan Persekutuan mengatasi Peraturan Mesyuarat, dan perkara ini difahami oleh mana-mana pihak, khususnya para peguam.
"Peraturan
mesyuarat tidak boleh mengatasi Perlembagaan Persekutuan, tetapi
speaker kemudiannya sewenang-wenangnya menggunakan kuasa untuk
mengarahkan saya keluar," kata Azmin.
Sementara itu, ketika dewan
masih tegang dengan keputusan tersebut, Hanipa pula diperintah keluar
dewan ketika mahu membangkitkan peraturan mesyuarat 22(1) berhubung isu
KLIA2.
Biarpun beliau bangun dan menyebut "Peraturan Mesyuarat 22
(1)", Pandikar bagaimanapun tanpa mendengar peraturan yang dibawa
Hanipa terus mengarahkan Hanipa keluar dewan.
Bercakap pada
sidang media, selepas itu, Hanipa berkata beliau menjadi mangsa keadaan
dengan apa yang berlaku di dalam dewan sebelum itu.
"Saya menjadi
mangsa keadaan. Selepas ahli parlimen Gombak diarahkan keluar, saya
faham isu itu telah selesai. Namun, saya bangun untuk kemukakan
peraturan mesyuarat yang lain. Tetapi, tanpa mendengar apa yang ingin
saya katakan, speaker terus mengarahkan saya keluar," kata beliau kepada
media.
Tambah beliau, adalah menjadi amalan apabila setiap wakil
rakyat bangun , speaker perlu mendengar apa yang ingin dibawa ahli
dewan itu.
"Tapi, belum sempat saya bercakap, saya sudah kena
halau. Bagi saya, ini satu tindakan yang tidak adil. Speaker selalu
cakap pasal semua ahli kena mengikut peraturan mesyuarat, tapi sekarang
speaker tidak ikut peraturan mesyuarat," kata beliau.
Ekoran keputusan tersebut, semua ahli parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar dewan sebagai protes terhadap keputusan tersebut.Hrkh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan