Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 14 April 2014

Mahkamah Ketepi Perintah Penghakiman Ingkar Presiden Pas

 Pimpinan Pas yang hadir sebagai solidariti kepada Tuan Guru Presiden antaranya Ustaz Nasrudin Tantawi, Dr.Samsuri Mokhtar dan Ustaz Kamaruzaman Abdullah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini mengetepikan penghakiman ingkar yang diperoleh calon PKR bagi kerusi Dun Bukit Besi terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Demikian dimaklumkan peguam Asmuni Awi ketika dihubungi sebentar tadi. Menurutnya, hakim memutuskan demikian dengan alasan penyerahan saman tidak teratur iaitu diserahkan kepada pihak yang tidak wujud.

Selain itu, katanya penghakiman ingkar RM2 juta yang diperolehi oleh plaintif tidak mengikut kaedah mahkamah 2012.

“Jadi mahkamah memerintahkan defendan masukkan kehadiran dalam tempoh 14 hari bermula hari ini untuk tetapkan pengurusan kes pada 18 Mei,” ujarnya.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 23 Februari lalu mengarahkan Presiden PAS membayar saman RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperoleh bekas calon PKR itu, Mohd. Shamsul Mat Amin.

Berikutan itu, Asmuni telah memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada keesokan hari.Hrkh

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah.. padan muka, buat lagi keje bodo..

Tanpa Nama berkata...

Asalamualaikum... Sebagai seorang presiden kepada sebuah jemaah yang memperjuangkan Islam tidak boleh terlibat dalam kes fitnah ini. Diakhirat semua akan ditanya dihadapan Allah. Hukum fitnah bukan hanya untuk ahli seperti kami sahaja presiden hukumnya sama juga.....

Tanpa Nama berkata...

Allhamdulillah....Segala Puji Bagi ALLAH....Syukur

Tanpa Nama berkata...

Takbir!!!

Tanpa Nama berkata...

Takbir!!!

Tanpa Nama berkata...

Walau pun kes ini sudah diketepikan oleh mahkamah,ini satu pengajaran kpd Hj.Hadi Awang masa depan jangan celupar mulut dan tak usah nak dengar sangat nasihat menantu.Presiden sebuah parti Islam tak layak berkelakuan macam ni.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....