Gambar fail - Husam dan isteri bersama Tok Guru Nik Aziz
Selepas kalah undi popular dalam pilihan raya umum 2013, para guru
yang didakwa menyokong Pakatan Rakyat kini menjadi mangsa ditukarkan
tempat kerja dan antara mangsanya adalah isteri kepada Naib Presiden PAS
Pusat Datuk Husam Musa, Datin Rohana Abd Rahman.
Rohana adalah antara lebih 80 guru atau tepatnya 88 orang yang
dijangka terlibat dalam pertukaran yang akan dilakukan pada 16 April ini
akibat menyebelahi parti politik tertentu, kata Pakatan Rakyat.
Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary berkata Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bachok di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia terlibat dalam salah guna kuasa kerana menukarkan seramai lebih 80 guru di kawasan berkenaan.
“Memorandum yang diterima daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
mendedahkan salah guna kuasa PPD yang dikatakan sangat sahih
menggunakan alasan pertukaran yang sangat tidak relevan seperti
penyokong kuat PAS.
“Dokumen sulit ini juga mendedahkan terdapat cadangan dari ketua
cawangan Umno bagi menukar guru yang dilihat parah apabila campur tangan
politik terlibat dalam pendidikan,” katanya dalam satu sidang media di
lobi Parlimen hari ini.
Menerusi memorandum yang diberikan SAMM itu, antara alasan yang
diberikan menyebabkan sekumpulan guru di Bachok itu bertukar kerana
mengibarkan bendera pembangkang, suami merupakan penyokong tegar PAS,
membantu kempen pilihan raya PAS dan sebagainya.TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan