SHAH ALAM 7 APRIL: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengangkat
sumpah sebagai ADUN Kajang di hadapan Speaker Hannah Yeoh dalam
Persidangan Dewan Negeri Selangor yang ke-13, hari ini.
Majlis
berlangsung pada pukul 10 pagi di bangunan Dewan Negeri Selangor,
disaksikan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Turut hadir dalam persidangan itu, setiausaha kerajaan negeri (SUK)
Datuk Mohamed Khusin Munawi, ahli exco negeri dan wakil rakyat dari
Pakatan Rakyat serta Barisan Nasional.
Wan Azizah diangkat sebagai Adun Kajang menggantikan Ketua Umum
KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihalang bertanding dalam
Pilihan Raya Kecil berkenaan selepas dijatuhi hukuman penjara 5 tahun
oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu.
Pada 23 Mac lalu, Wan Azizah menang dalam PRK tersebut apabila
menewaskan calon daripada BN iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun dengan
majoriti 5,379 undi.KD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan