Datuk Seri Wan Azizah Wan
Ismail
KAJANG: Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan
Ismail diumumkan sebagai calon PKR dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan
Undangan Negeri (Dun) Kajang yang bakal berlangsung 23 Mac ini.
Pengumuman berhubung pemilihan Azizah dibuat Ketua Umum PKR, Datuk
Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media di Bilik Gerakan Umum PKR,
Bangunan Mat Saman, dekat sini, sebentar tadi.
Keputusan itu, ujar Anwar telah mendapat muafakat pimpinan Pakatan Rakyat, PAS dan DAP.Perubahan calon PKR bagi PRK Dun Kajang ini ekoran keputusan Mahkamah
Rayuan yang memutuskan Anwar bersalah dalam kes dakwaan Liwat 2 dan
dihukum penjara lima tahun menyebabkan beliau gugur hak bertanding.
"Mahkamah Rayuan diperalat oleh Umno untuk halang saya jadi calon
maka Pakatan Rakyat telah memutuskan Wan Azizah menjadi calon Kajang,"
kata Anwar.
Sementara
itu Wan Azizah dengan hati terbuka menerima keputusan itu dan
menyifatkan ianya bertepatan dengan Hari Wanita Sedunia.
"Saya akan bawa suara rakyat dan ajak bersama-sama saya untuk menolak
Umno-BN. Marilah kita bersama-sama jangan tunduk dan kita teruskan
perjuangan," kata Wan Azizah.
Malah katanya, inilah waktu yang terbaik untuk bersama-sama mengangkat keadilan bagi rakyat negara ini.
Ketika diajukan soalan mengapa Setiausaha PKR Datuk Saifuddin Nasution tidak dipilih bagi menggantikan Anwar di Kajang.
"Dia lebih cenderung untuk kerja-kerja setiausaha (agung)," tambah Anwar.Anwar turut menjelaskan beliau akan berkempen seperti biasa sebagaimana kempen yang diadakan sebelum ini.
Sehingga hari ini, PRK Kajang bakal menyaksikan pertandingan di
antara calon wanita PKR dan BN. Wan Azizah akan dicabar oleh calon BN
daripada MCA, Chew Mei Fun.
Dalam perkembangan berkaitan, PAS menyokong penuh pencalonan Dr Wan Azizah sebagai calon PKR dalam PRK Kajang.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yakin
pengundi di Dun Kajang akan memberi mandat yang besar kepada Dr Wan
Azizah bagi menyatakan sokongan dan simpati kepada tragedi malang yang
menimpa Anwar.
“Para pengundi Dun Kajang diminta menzahirkan bantahan dan tekanan
kepada BN yang menggunakan mahkamah bagi menghalang Datuk Seri Anwar
daripada dicalonkan di Kajang,” tegas beliau.Hrkh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan