Kesan tumpahan minyak dijumpai di kawasan 100 batu nautika dari
pantai Tok Bali,Kelantan
PASIR PUTEH: Ujian ke atas sampel tompokan minyak yang
ditemui di luar pantai Kelantan mendapati ia bukan dari pesawat Malaysia
Airlines MH370.
Ketua Penguatkuasa Maritim Malaysia Wilayah Timur, Laksamana
Pertama Datuk Nasir Adam mengumumkan keputusan ujian itu mendapati
minyak itu untuk kegunaan tongkang atau kapal laut.
"Maklumat ini saya perolehi dari Kuala Lumpur. Tompokan minyak itu
dari tongkang atau kapal laut dan bukan dari pesawat," kata Nasir di
pangkalan APMM di Tok Bali di sini, Isnin.
Bebeberapa pegawai di pusat operasi koordinasi bagi mengesan pesawat
MH370 di Sepang berkata, keputusan itu disahkan oleh Jabatan Kimia.
Pada Ahad, APMM menemui beberapa tompok minyak berwarna kuning sepanjang 10 kilometer, kira-kira 20 batu nautika dari lokasi pesawat MH370 yang dilaporkan terputus hubungan.
Nasir yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat pada hari ketiga itu berkata, mereka masih gagal menemui sebarang petunjuk yang boleh membawa penemuan kepada pesawat tersebut.
"Kawasan pencarian kita pada hari ini adalah dekat dengan pantai Besut dan kami tidak menjumpai sebarang petunjuk baharu," kata Nasir.
Beliau turut mengesahkan APMM telah menerima laporan daripada seorang saksi dari Keterah yang mendakwa terlihat sesuatu yang menyerupai sebuah pesawat terbang rendah pada waktu pesawat MH370 dilaporkan hilang.
"Kami telah mengambil keterangannya. Tempat yang didakwanya terlihat pesawat itu sebenarnya dalam lingkungan kawasan yang meliputi operasi kami dan tiada sebarang petunjuk dijumpai setakat ini," katanya.Mstar

Tiada ulasan:
Catat Ulasan