Peguam Karpal Singh (gambar) akan dijatuhkan hukuman di bawah Akta Hasutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi esok.
Salah seorang peguamnya, Ramkarpal Singh berkata, mahkamah menolak
permohonan beliau agar keputusan itu diberikan pada sebelah petang."Kami mahu kes ini didengar di waktu petang tetapi tanpa sebab yang jelas ia ditolak," katanya.
Katanya, ahli Parlimen pembangkang itu bercadang menyertai perbicaraan
itu selepas mengiringi calon Pakatan dalam pilihan raya kecil (PRK)
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada sebelah pagi.
Anwar dalam kenyataannya berkata, mahkamah sepatutnya lebih simpati kepada permohonan Karpal "Semua ini kerana kehakiman hanya bersedia mengikuti skrip yang dibuat
oleh Umno," kata Anwar selepas menandatangani jaminan beliau di mahkamah
hari ini.
Karpal adalah peguam utama Anwar dalam kes ini.Katanya, anggota Parlimen Pakatan Rakyat akan berpecah kepada dua, satu kumpulan akan ke Kajang manakala satu lagi ke mahkamah.
Pada 21 Februari, Karpal yang berkerusi roda didapati bersalah kerana
menghamburkan perkataan hasutan ke arah Sultan Perak ketika krisis
perlembagaan 2009.
Hakim Mahkamah Tinggi, Azman Abdullah berkata, pihak pembela gagal mewujudkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwa.
Peguam Gobind Singh memohon agar hukuman dijatuhkan pada 11 Mac agar
pihaknya boleh mempersiapkan mitigasi untuk mendapatkan hukuman yang
lebih ringan.
Karpal yang juga pengerusi DAP berhadapan dengan hukuman sehingga
maksimun RM5,000 denda atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan