Ibrahim Mat Zin sedang mengadakan ritual
untuk mengesan pesawat MH370 yang hilang
Pendakwah bebas, Dr Ridhuan Tee Abdullah hari ini menyifatkan perlakukan raja bomoh dalam usahanya mencari pesawat hilang Malaysia Airlines MH370 hanya akan lebih menyesatkan umat Islam jika ada yang terpedaya dengan upacara ritualnya itu.
Beliau berkata, jika upacara sedemikian berlaku ketika zamannya hendak
memeluk Islam suatu masa dahulu pasti hajatnya itu tidak kesampaian.
"Kebimbangan saya, jika ditakdirkan bomoh itulah yang menjumpai MH370
itu nanti, semakin ramailah umat Islam yang akan percayai kepada bomoh
daripada menumpahkan ketaatan kepada Allah.
"Jika ditakdirkan saya melihat perbuatan umat Islam dalam mencari MH370
sebegini, sudah tentu saya tidak jadi memeluk Islam," katanya menerusi
satu artikel dalam akhbar Sinar Harian hari ini.
Ibrahim Mat Zin atau juga dikenali sebagai raja bomoh datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA) dua kali sepanjang minggu lalu bagi mengadakan upacara ritual
untuk mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak dua minggu lalu.
Dia yang pada mulanya mengaku diupah oleh orang kenamaan mengubah kenyataannya mendakwa upacara itu dilakukan atas inisiatifnya sendiri.
Ridhuan berkata, umat Islam sewajarnya perlu melihat apa yang
terkandung dalam ajaran agama Islam itu sendiri berbanding melihat
perlakuan segelintir pihak tidak bertanggungjawab.
Katanya, dalam pencarian MH370, umat Islam digalakkan berserah kepada
Allah kerana Dialah yang lebih mengetahui hikmah di sebalik semua
kejadian ini.
"Ketika saya memeluk Islam dahulu pun, saya mengkaji Islam dan
mendalami Islam. Sebagai umat Islam, segala tindak-tanduk kita mestilah
berteraskan kepada Al-Quran dan sunnah.
"Apa jua perbuatan yang bercanggah, hendaklah ditolak kerana boleh
menjejaskan akidah. Ingin saya jelaskan, perbuatan berbomoh seperti
dilakukan ini bukan daripada ajaran Islam, meskipun ada yang mendakwa ia
mengikut kaedah Islam," katanya.
Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia itu berkata, apa yang dilakukan oleh bomoh itu bukan sahaja mengundang keaiban yamg besar kepada Malaysia malah negara menjadi bahan ketawa.
Katanya, jika benar bomoh mahu membantu mencari MH370 dengan
'kesaktiannya' maka ia perlu dilakukan di tempat tertutup supaya tidak
menjadi perhatian umum.
"Anak-anak saya yang berada di Iskandariah, Mesir, amat malu dengan
kejadian ini. Menggunakan bomoh dan sihir mencari MH370 menjadi bahan
ketawa dunia.
"Jika ditanya orang kafir sekalipun, mereka tidak akan mempercayai perkara tersebut. Paling kurang, mereka tampil bermeditasi dan berdoa mengikut cara masing-masing," katanya.TMI
2 ulasan:
Nanti ko pulak kena saman!
Lantaran itu Allah mengingatkan dan memberi amaran kepada manusia, bahawa jika engkau mengikut orang yang banyak pasti engkau akan sesat.Ini yang terkandung dalam Al-Quran.Abu A'la Maududi dalam bukunya menyatakan,"Jika engkau ingin mengetahu Islam itu, kajilah Islam".
Kadangkala orang Islam yang mengaku Islam, ilmu dan pengetahuan Islamnya tiada hanya ikutan dan 'hear say' saja.Ilmu bomoh atau ilmu akademiknya saja yang lebih banyak.Pasti sesat dan menyesatkan.Ditambah dengan kesombongan lagi.Allahuakbar.
Catat Ulasan