Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 25 Mac 2014

Mengapa dan bagaimana MH370 berakhir di Lautan Hindi ???


Kesan Doppler membantu penyiasat menentukan penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi tetapi mereka masih hairan mengenai sebab-sebab pesawat Malaysia Airlines bertentangan daripada destinasi yang ditujui - Beijing.

Mengapa Boeing 777-200ER yang membawa 239 orang berakhir di Lautan Hindi? Bagaimana pesawat penumpang bersaiz lebar berpaling daripada rutin penerbangan menjadi "misteri penerbangan yang belum pernah berlaku sebelum ini"? Dan, siapa yang melakukannya?

Ini merupakan persoalan utama dalam minda penyiasat dan keluarga 239 orang penumpang dan anak kapal MH370 yang terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing pada awal pagi 8 Mac tetapi hilang selepas sejam di udara.

Selepas 16 hari misi mencari antarabangsa yang bermula di Laut China Selatan, data satelit komunikasi penyiasat British dan serpihan ditemui satelit Amerika Syarikat, China dan Perancis akhirnya kedudukan terakhir MH370 dikenal pasti iaitu di bahagian selatan Lautan Hindi.

Mengapa dan bagaimana MH370 berakhir di kawasan pedalaman perairan itu hanya akan diketahui selepas penyiasat menemui kotak hitam pesawat Malaysia yang didaftarkan sebagai 9M-MRO itu.

Sehingga ia ditemui, usaha untuk mengesan laluan pesawat MH370 itu sebelum hilang daripada radar di Kota Baru ke Lautan Hindi menjadi sesuatu yang menakjubkan dengan sendirinya.

Agensi berita antarabangsa Reuters melaporkan satelit British Inmarsat menggunakan satu fenomena gelombang ditemui pada abad ke-19 untuk menganalisis tujuh ping yang berjaya dikesan satelitnya daripada pesawat Malaysia Airlines untuk menentukan destinasi akhir.

Penemuan terakhir itu mendorong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membuat kesimpulan pada Isnin malam bahawa pesawat berusia 11 tahun itu terhempas beribu batu daripada Malaysia di selatan Lautan Hindi dan menyebabkan semua 239 penumpang dan anak kapal terbunuh.

Isyarat Ping, secara automatiknya dihantar setiap jam daripada pesawat selepas seluruh sistem komunikasi berhenti, menunjukkan ia terus terbang selama beberapa jam selepas ia hilang dari laluan penerbangan Kuala Lumpur ke Beijing.

Dari masa isyarat untuk sampai ke satelit dan sudut dongakan, Inmarsat dapat menyediakan dua lengkok, satu di utara dan satu di selatan mengenai kemungkinan arah pesawat itu terbang.

Saintis Inmarsat kemudian menyiasat isyarat ping menggunakan teknik berdasarkan kesan Doppler, yang menerangkan bagaimana gelombang perubahan kekerapan relatif kepada pergerakan pemerhati dalam kes satelit ini, kata jurucakap.

Cawangan Siasatan Kemalangan Udara Britain turut terlibat dalam analisis ini.Kesan Doppler adalah mengapa bunyi siren kereta polis berubah selepas mendekati atau memotong pemerhati.

"Kami kemudian mengambil data yang kami dapati dari pesawat dan diplotkan terhadap kedua-dua trek, dan ia berat ke trek selatan," kata Jonathan Sinnatt, ketua komunikasi korporat Inmarsat kepada Reuters.

Katanya, syarikat itu kemudian membandingkan teori laluan penerbangan dengan data diterima daripada Boeing 777 yang diketahui terbang laluan sama, dan ia dipadankan dengan tepat.

Beliau berkata, penemuan itu disemak dengan syarikat satelit lain sebelum diserahkan kepada penyiasat pada Isnin.

Jumlah data - hanya isyarat ping diterima oleh satelit tunggal setiap jam atau lebih - bermakna teknik seperti triangulasi menggunakan beberapa satelit atau GPS (Sistem Penentu Kedudukan Global) tidak boleh digunakan untuk menentukan laluan penerbangan pesawat.
Mengesan

Ketua Pegawai Eksekutif All Source Analysis, Stephen Wood, berkata seolah-olah para penyiasat mengecilkan kawasan pencarian. "Tetapi ia masih kawasan besar yang mereka perlu lakukan pencarian," katanya.

Katanya, insiden ini mungkin merangsang kajian semula peraturan penerbangan, terutamanya berkaitan dengan peralatan komunikasi dan keupayaan untuk mematikan transponder pesawat.

Tetapi masih terlalu awal untuk mengatakan apa-apa kerana belum diketahui apa yang menyebabkan kapal terbang untuk beralih daripada laluan asal.
"Insiden seperti ini akan menyebabkan sesiapa sahaja yang menerbangkan pesawat komersial dengan penumpang akan menuntut kaedah baru untuk mengesan kargo berharga mereka," kata Wood, seorang bekas pegawai perisikan Amerika Syarikat (AS) yang mengetuai unit analisis DigitalGlobe Inc , sebuah firma imej satelit, sehingga Julai 2013.TMI

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jangan bagi us cari kotak hitam mh370 .... kalau mereka dapat pasti mereka akan meminda semua maklumat yang ada dalam kotak itu sebelum dihebahkan kepada dunia ... pasti 1000% .....

Tanpa Nama berkata...

Kesian msia mengaku negara maju tp x maju mana pun.aset yg ada nk mencari pun dh klh dgn jiran.belum berperang.jd apa org kata jelah.pas ni amerika kata kapten zaharie pengganas..isthar satu dunia katen pengganas.itulah msia.selalu bila terantuk baru tengadah.untung msia masih aman

Tanpa Nama berkata...

setuju kata anon diatas.
tak setuju bila malaysia nak beli senjata moden pembangkang kata membazir, lebih baik duit tu utk tolong rakyat.
Bila tak beli senjata gantikan dgn BR1M, kena kutuk pulak aset malaysia tak cukup canggih..

Tanpa Nama berkata...

Anon di atas...Betul tu..beli byk2 kapal selam....komisyen jgn lupe share dgn rakyat.....

Katak Comel berkata...

terlalu banyak misteri belum dirungkai sbenarnye..

harap mh370 dapat ditemui dengan selamat hendaknya

Tanpa Nama berkata...

Dok malaysia kutuk malaysia....yg kutuk2 2 silalah dok singapura ke thai ke..x pun USA....baru lah tau keadaan cmna....

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....