Kesan Doppler membantu penyiasat menentukan penerbangan MH370 di
selatan Lautan Hindi tetapi mereka masih hairan mengenai sebab-sebab
pesawat Malaysia Airlines bertentangan daripada destinasi yang ditujui -
Beijing.
Mengapa Boeing 777-200ER yang membawa 239 orang berakhir di Lautan
Hindi? Bagaimana pesawat penumpang bersaiz lebar berpaling daripada
rutin penerbangan menjadi "misteri penerbangan yang belum pernah berlaku
sebelum ini"? Dan, siapa yang melakukannya?
Ini merupakan persoalan utama dalam minda penyiasat dan keluarga 239
orang penumpang dan anak kapal MH370 yang terbang dari Kuala Lumpur ke
Beijing pada awal pagi 8 Mac tetapi hilang selepas sejam di udara.
Selepas 16 hari misi mencari antarabangsa yang bermula di Laut China
Selatan, data satelit komunikasi penyiasat British dan serpihan ditemui
satelit Amerika Syarikat, China dan Perancis akhirnya kedudukan terakhir
MH370 dikenal pasti iaitu di bahagian selatan Lautan Hindi.
Mengapa dan bagaimana MH370 berakhir di kawasan pedalaman perairan itu
hanya akan diketahui selepas penyiasat menemui kotak hitam pesawat
Malaysia yang didaftarkan sebagai 9M-MRO itu.
Sehingga ia ditemui, usaha untuk mengesan laluan pesawat MH370 itu
sebelum hilang daripada radar di Kota Baru ke Lautan Hindi menjadi
sesuatu yang menakjubkan dengan sendirinya.
Agensi berita antarabangsa Reuters melaporkan satelit British Inmarsat
menggunakan satu fenomena gelombang ditemui pada abad ke-19 untuk
menganalisis tujuh ping yang berjaya dikesan satelitnya daripada pesawat
Malaysia Airlines untuk menentukan destinasi akhir.
Penemuan terakhir itu mendorong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
untuk membuat kesimpulan pada Isnin malam bahawa pesawat berusia 11
tahun itu terhempas beribu batu daripada Malaysia di selatan Lautan
Hindi dan menyebabkan semua 239 penumpang dan anak kapal terbunuh.
Isyarat Ping, secara automatiknya dihantar setiap jam daripada pesawat
selepas seluruh sistem komunikasi berhenti, menunjukkan ia terus terbang
selama beberapa jam selepas ia hilang dari laluan penerbangan Kuala
Lumpur ke Beijing.
Dari masa isyarat untuk sampai ke satelit dan sudut dongakan, Inmarsat
dapat menyediakan dua lengkok, satu di utara dan satu di selatan
mengenai kemungkinan arah pesawat itu terbang.
Saintis Inmarsat kemudian menyiasat isyarat ping menggunakan teknik
berdasarkan kesan Doppler, yang menerangkan bagaimana gelombang
perubahan kekerapan relatif kepada pergerakan pemerhati dalam kes
satelit ini, kata jurucakap.
Cawangan Siasatan Kemalangan Udara Britain turut terlibat dalam analisis ini.Kesan Doppler adalah mengapa bunyi siren kereta polis berubah selepas mendekati atau memotong pemerhati.
"Kami kemudian mengambil data yang kami dapati dari pesawat dan
diplotkan terhadap kedua-dua trek, dan ia berat ke trek selatan," kata
Jonathan Sinnatt, ketua komunikasi korporat Inmarsat kepada Reuters.
Katanya, syarikat itu kemudian membandingkan teori laluan penerbangan
dengan data diterima daripada Boeing 777 yang diketahui terbang laluan
sama, dan ia dipadankan dengan tepat.
Beliau berkata, penemuan itu disemak dengan syarikat satelit lain sebelum diserahkan kepada penyiasat pada Isnin.
Jumlah data - hanya isyarat ping diterima oleh satelit tunggal setiap
jam atau lebih - bermakna teknik seperti triangulasi menggunakan
beberapa satelit atau GPS (Sistem Penentu Kedudukan Global) tidak boleh
digunakan untuk menentukan laluan penerbangan pesawat.
Mengesan
Ketua Pegawai Eksekutif All Source Analysis, Stephen Wood, berkata
seolah-olah para penyiasat mengecilkan kawasan pencarian. "Tetapi ia
masih kawasan besar yang mereka perlu lakukan pencarian," katanya.
Katanya, insiden ini mungkin merangsang kajian semula peraturan
penerbangan, terutamanya berkaitan dengan peralatan komunikasi dan
keupayaan untuk mematikan transponder pesawat.
Tetapi masih terlalu awal untuk mengatakan apa-apa kerana belum
diketahui apa yang menyebabkan kapal terbang untuk beralih daripada
laluan asal.
"Insiden seperti ini akan menyebabkan sesiapa sahaja yang menerbangkan
pesawat komersial dengan penumpang akan menuntut kaedah baru untuk
mengesan kargo berharga mereka," kata Wood, seorang bekas pegawai
perisikan Amerika Syarikat (AS) yang mengetuai unit analisis
DigitalGlobe Inc , sebuah firma imej satelit, sehingga Julai 2013.TMI
jangan bagi us cari kotak hitam mh370 .... kalau mereka dapat pasti mereka akan meminda semua maklumat yang ada dalam kotak itu sebelum dihebahkan kepada dunia ... pasti 1000% .....
BalasPadamKesian msia mengaku negara maju tp x maju mana pun.aset yg ada nk mencari pun dh klh dgn jiran.belum berperang.jd apa org kata jelah.pas ni amerika kata kapten zaharie pengganas..isthar satu dunia katen pengganas.itulah msia.selalu bila terantuk baru tengadah.untung msia masih aman
BalasPadamsetuju kata anon diatas.
BalasPadamtak setuju bila malaysia nak beli senjata moden pembangkang kata membazir, lebih baik duit tu utk tolong rakyat.
Bila tak beli senjata gantikan dgn BR1M, kena kutuk pulak aset malaysia tak cukup canggih..
Anon di atas...Betul tu..beli byk2 kapal selam....komisyen jgn lupe share dgn rakyat.....
BalasPadamterlalu banyak misteri belum dirungkai sbenarnye..
BalasPadamharap mh370 dapat ditemui dengan selamat hendaknya
Dok malaysia kutuk malaysia....yg kutuk2 2 silalah dok singapura ke thai ke..x pun USA....baru lah tau keadaan cmna....
BalasPadam