Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 6 Februari 2014

TS Khalid Dedah Kenapa Kakitangan PKNS Dipecat

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan tindakan memecat 22 kakitangan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi menjimatkan perbelanjaan operasi sebanyak RM7 juta.

Menteri besar Selangor itu berkata, pemecatan tersebut adalah mengikut prosedur yang dibuat dalam perjanjian dengan kakitangan PKNS tersebut.

"Prosedur penamatan kontrak mematuhi terma dan syarat mengikut perjanjian yang dibuat sebelum ini.

"Penamatan kontrak ini akan menjimatkan kos operasi PKNS sebanyak RM7 juta setahun," katanya yang juga pengerusi PKNS pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam, selangor hari ini.

Selasa lalu, anak syarikat PKNS, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB) dilapor memecat kakitangannya tanpa sebarang sebab munasabah dengan notis 24 jam berkuatkuasa serta-merta.

Kontroversi pemecatan tersebut berlaku ketika kemelut politik dalaman PKR Selangor masih bergolak antara kem Abdul Khalid dengan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Surat penamatan khidmat 22 kakitangan tersebut ditandatangani Pengerusi PHSB, Datin Paduka Norazlina Zakaria.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata, pemecatan tersebut dibuat selaras dengan ikrar integriti yang ditandatangani kerajaan negeri Selangor dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Transparency International Malaysia (TIM).

"Penamatan kontrak 22 kakitangan PHSB adalah hasil polisi ikrar integriti yang dilaksanakan dalam PKNS bagi mematuhi urus tadbir korporat yang baik.

"Mengikut saluran ikrar integriti, terdapat kakitangan PKNS memberi maklumat bahawa peluang kenaikan pangkat kakitangan tetap dalam PKNS terbantut apabila organisasi dan jabatan baru diwujudkan diketuai orang luar dengan gaji tinggi," katanya.

Beliau berkata, pengambilan kakitangan kontrak juga dilakukan tidak mengikut prosedur, tanpa menerusi pengiklanan secara terbuka, malah menyebabkan timbulnya masalah pertindihan tugas dengan kakitangan lama.


"Kakitangan baru diambil juga menyebabkan berlaku pertindihan tugas kerana mereka melakukan kerja yang sama dengan pekerja lama.

"Mereka juga dipilih masuk bukan secara menerusi pengiklanan, tetapi dipilih terus masuk oleh lembaga pengarah dalam PKNS," katanya.

Abdul Khalid berkata, pemecatan tersebut dilakukan secara rapi dan mereka yang dipecat juga diberikan pampasan yang sepatutnya.

"Saya mengarahkan Pengurus Besar PKNS baru, Azlan Alfiah untuk membuat kajian terperinci organisasi termasuk isu melibatkan sumber manusia.TMI

"Beliau menghantar laporan strategi pemulihan pengurusan dan beliau mencadangkan PKNS melaksanakan penyusunan semula organisasi serta-merta," katanya yang merujuk kepada tindakan pemecatan kakitangan PKNS.TMI

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ADAKAH PEMIMPIN UMNO TERLIBAT ATAU MENDALANGINYA?

Tanpa Nama berkata...

Bukan pecat, cuma ditamatkan kontrak, kontrak tak disambung semula. Bahasa biar betul, pecat tu nampak negatif sangat.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....