Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
mempertahankan tindakan memecat 22 kakitangan anak syarikat Perbadanan
Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi menjimatkan perbelanjaan operasi
sebanyak RM7 juta.
Menteri besar Selangor itu berkata, pemecatan tersebut adalah mengikut
prosedur yang dibuat dalam perjanjian dengan kakitangan PKNS tersebut.
"Prosedur penamatan kontrak mematuhi terma dan syarat mengikut perjanjian yang dibuat sebelum ini.
"Penamatan kontrak ini akan menjimatkan kos operasi PKNS sebanyak RM7
juta setahun," katanya yang juga pengerusi PKNS pada sidang media di
pejabatnya di Shah Alam, selangor hari ini.
Selasa lalu, anak syarikat PKNS, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
Holdings Sdn Bhd (PHSB) dilapor memecat kakitangannya tanpa sebarang
sebab munasabah dengan notis 24 jam berkuatkuasa serta-merta.
Kontroversi pemecatan tersebut berlaku ketika kemelut politik dalaman
PKR Selangor masih bergolak antara kem Abdul Khalid dengan Timbalan
Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
Surat penamatan khidmat 22 kakitangan tersebut ditandatangani Pengerusi PHSB, Datin Paduka Norazlina Zakaria.
Sementara itu, Abdul Khalid berkata, pemecatan tersebut dibuat selaras
dengan ikrar integriti yang ditandatangani kerajaan negeri Selangor
dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Transparency
International Malaysia (TIM).
"Penamatan kontrak 22 kakitangan PHSB adalah hasil polisi ikrar
integriti yang dilaksanakan dalam PKNS bagi mematuhi urus tadbir
korporat yang baik.
"Mengikut saluran ikrar integriti, terdapat kakitangan PKNS memberi
maklumat bahawa peluang kenaikan pangkat kakitangan tetap dalam PKNS
terbantut apabila organisasi dan jabatan baru diwujudkan diketuai orang
luar dengan gaji tinggi," katanya.
Beliau berkata, pengambilan kakitangan kontrak juga dilakukan tidak
mengikut prosedur, tanpa menerusi pengiklanan secara terbuka, malah
menyebabkan timbulnya masalah pertindihan tugas dengan kakitangan lama.
"Kakitangan baru diambil juga menyebabkan berlaku pertindihan tugas
kerana mereka melakukan kerja yang sama dengan pekerja lama.
"Mereka juga dipilih masuk bukan secara menerusi pengiklanan, tetapi
dipilih terus masuk oleh lembaga pengarah dalam PKNS," katanya.
Abdul Khalid berkata, pemecatan tersebut dilakukan secara rapi dan mereka yang dipecat juga diberikan pampasan yang sepatutnya.
"Saya mengarahkan Pengurus Besar PKNS baru, Azlan Alfiah untuk membuat
kajian terperinci organisasi termasuk isu melibatkan sumber manusia.TMI
"Beliau menghantar laporan strategi pemulihan pengurusan dan beliau
mencadangkan PKNS melaksanakan penyusunan semula organisasi
serta-merta," katanya yang merujuk kepada tindakan pemecatan kakitangan
PKNS.TMI
ADAKAH PEMIMPIN UMNO TERLIBAT ATAU MENDALANGINYA?
BalasPadamBukan pecat, cuma ditamatkan kontrak, kontrak tak disambung semula. Bahasa biar betul, pecat tu nampak negatif sangat.
BalasPadam