Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 2 Februari 2014

PRK Kajang : Bekas Tim. Menteri Dedah Tembelang Umno

KOTA BHARU: “Kalau hendak dikatakan membazir, maka Umno lebih awal membazir kerana berlaku dua pilihan raya kecil (PKR) di Selangor suatu ketika dahulu di parlimen Kuala Selangor dan Dun Permatang.

“Ini bermakna bukan kali pertama ada wakil rakyat letak jawatan bagi memberi laluan pilihan raya kecil diadakan,” kata bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Pada 1997 Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abu Hassan Omar meletak jawatan bagi menggantikan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, sebagai Menteri Besar Selangor.

Muhammad meletak jawatan ekoran pertuduhan di mahkamah Australia berikutan kegagalannya mengisytiharkan tunai RM2.4 juta ketika meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane pada Disember 1996.

Abu Hassan meletak jawatan sebagai anggota Parlimen Kuala Selangor untuk bertanding di Dun Permatang, yang mana ketika itu disandang Datuk Jamaluddin Adnan.

Pada pilihan raya kecil 29 Mei 1997 itu Barisan Nasional mengekalkan kedua-dua kerusi dan Abu Hassan dilantik menjadi Menteri Besar 6 Jun.

Saifuddin sekarang sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Global Movement of Moderates berkata, tidak ada sesuatu yang pelik apabila berlaku perletakan jawatan wakil rakyat bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil diadakan.

“Begitu juga dengan kes di Perak selepas pilihan raya umum 2008, seeloknya diadakan pilihan raya kecil apabila tiga Adun Pakatan Rakyat beralih sokongan kepada BN,” katanya pada diskusi anjuran kerajaan negeri di Dewan Konvensyen, Kelantan Trade Centre (KTC) malam tadi.

Diskusi sebagai gelanggang baru menggantikan wacana mengupas tajuk 'Demokrasi Di Malaysia' turut mengundang anggota parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad, manakala Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff bertindak sebagai moderator.

Khalid pula berkata, pilihan raya kecil Kajang diadakan sebagai sebahagian usaha untuk memperkukuhkan lagi Pakatan di Selangor ekoran berlaku beberapa isu sebelum ini.

Menurutnya juga Umno kini berhempas pulas mahu merampas Selangor selepas misi mereka pada pilihan raya umum lepas tidak menjadi kenyataan.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim dibawa untuk memperkukuhkan kedudukan Pakatan di Selangor. Dengan kedudukan sebagai wakil rakyat beliau boleh berperanan dengan lebih rasmi lagi.

“Sebelum ini beliau tidak boleh bertindak secara rasmi kerana tidak ada kedudukan di peringkat Dewan Undangan Negeri,” katanya.Hrkh

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

'ketika dulu khalid terbaik/ok..kang dah x ! kira gitulah pendapat otak2. pun bab membazir.membazir tu jadi penting dizaman ini.zaman suma orang memperkatakanya..trutama pr yg jadi juara menolak perangai cam tu.
jika di teropong sebab2 kenapa kajang perlu prk.maktuan! ramai katun dan beberapa kerat boleh digelar hantu.
x kesah la.janji ada perlawan x perlu selain nuar je.

Tanpa Nama berkata...

Saifuddin ini mmg terkenal dgn sifat crnderung kpd idea2 pembangkang.. Nasib baiklah dia kalah pru13 dan pemilihan mno..bagus join anwar pembelit tu... Kemelut yg berlaku 1997 itu berpunca dari UMNO membuang pemimpin yang menghadapi pertuduhan jenayah..tapi PKR nak bawak masuk penjenayah sebagai pemimpin ..itu yang dia sengaja buat tak nampak.. Dasar sifat pembelit sama dgn anwar

Tanpa Nama berkata...

anwar terus melawan bagus ajar puak yang dikenali apa itu keadilan

Unknown berkata...

Saifuddin, saya hormat anda. Setidak2nya andalah dioantara pemimpin2 UMNO yang mempunyai pendirian sendiri. Bukan jadi balaci atau mana2 pihak.

Unknown berkata...

Kalau ta ada pembangkang, rakyat jelata ta tau penipuan kelas atasan.Yg kena polis private dan office boy dan kerani aje

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....