KOTA BHARU: “Kalau hendak dikatakan membazir, maka
Umno lebih awal membazir kerana berlaku dua pilihan raya kecil (PKR) di
Selangor suatu ketika dahulu di parlimen Kuala Selangor dan Dun
Permatang.
“Ini bermakna bukan kali pertama ada wakil rakyat letak jawatan bagi
memberi laluan pilihan raya kecil diadakan,” kata bekas Timbalan Menteri
Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.
Pada 1997 Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
Datuk Abu Hassan Omar meletak jawatan bagi menggantikan Tan Sri Muhammad
Muhammad Taib, sebagai Menteri Besar Selangor.
Muhammad meletak jawatan ekoran pertuduhan di mahkamah Australia
berikutan kegagalannya mengisytiharkan tunai RM2.4 juta ketika
meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane pada Disember 1996.
Abu Hassan meletak jawatan sebagai anggota Parlimen Kuala Selangor
untuk bertanding di Dun Permatang, yang mana ketika itu disandang Datuk
Jamaluddin Adnan.
Pada pilihan raya kecil 29 Mei 1997 itu Barisan Nasional mengekalkan
kedua-dua kerusi dan Abu Hassan dilantik menjadi Menteri Besar 6 Jun.
Saifuddin sekarang sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Global Movement of
Moderates berkata, tidak ada sesuatu yang pelik apabila berlaku
perletakan jawatan wakil rakyat bagi memberi laluan kepada pilihan raya
kecil diadakan.
“Begitu juga dengan kes di Perak selepas pilihan raya umum 2008,
seeloknya diadakan pilihan raya kecil apabila tiga Adun Pakatan Rakyat
beralih sokongan kepada BN,” katanya pada diskusi anjuran kerajaan
negeri di Dewan Konvensyen, Kelantan Trade Centre (KTC) malam tadi.
Diskusi sebagai gelanggang baru menggantikan wacana mengupas tajuk
'Demokrasi Di Malaysia' turut mengundang anggota parlimen Shah Alam, Ir
Khalid Samad, manakala Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff
bertindak sebagai moderator.
Khalid pula berkata, pilihan raya kecil Kajang diadakan sebagai
sebahagian usaha untuk memperkukuhkan lagi Pakatan di Selangor ekoran
berlaku beberapa isu sebelum ini.
Menurutnya juga Umno kini berhempas pulas mahu merampas Selangor
selepas misi mereka pada pilihan raya umum lepas tidak menjadi
kenyataan.
“Datuk Seri Anwar Ibrahim dibawa untuk memperkukuhkan kedudukan
Pakatan di Selangor. Dengan kedudukan sebagai wakil rakyat beliau boleh
berperanan dengan lebih rasmi lagi.
“Sebelum ini beliau tidak boleh bertindak secara rasmi kerana tidak ada kedudukan di peringkat Dewan Undangan Negeri,” katanya.Hrkh
'ketika dulu khalid terbaik/ok..kang dah x ! kira gitulah pendapat otak2. pun bab membazir.membazir tu jadi penting dizaman ini.zaman suma orang memperkatakanya..trutama pr yg jadi juara menolak perangai cam tu.
BalasPadamjika di teropong sebab2 kenapa kajang perlu prk.maktuan! ramai katun dan beberapa kerat boleh digelar hantu.
x kesah la.janji ada perlawan x perlu selain nuar je.
Saifuddin ini mmg terkenal dgn sifat crnderung kpd idea2 pembangkang.. Nasib baiklah dia kalah pru13 dan pemilihan mno..bagus join anwar pembelit tu... Kemelut yg berlaku 1997 itu berpunca dari UMNO membuang pemimpin yang menghadapi pertuduhan jenayah..tapi PKR nak bawak masuk penjenayah sebagai pemimpin ..itu yang dia sengaja buat tak nampak.. Dasar sifat pembelit sama dgn anwar
BalasPadamanwar terus melawan bagus ajar puak yang dikenali apa itu keadilan
BalasPadamSaifuddin, saya hormat anda. Setidak2nya andalah dioantara pemimpin2 UMNO yang mempunyai pendirian sendiri. Bukan jadi balaci atau mana2 pihak.
BalasPadamKalau ta ada pembangkang, rakyat jelata ta tau penipuan kelas atasan.Yg kena polis private dan office boy dan kerani aje
BalasPadam