Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengatakan calon PKR bagi pilihan raya
kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Datuk Seri Anwar Ibrahim
(gambar) tidak melanggar mana-mana undang-undang pilihan raya seperti
didakwa sesetengah pihak berhubung isu berkempen awal kerana ketua
pembangkang itu secara teknikalnya masih belum sah sebagai calon.
Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, sebelum hari
penamaan calon, badan penggendali pilihan raya itu tidak mempunyai kuasa
untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang berkempen sebelum
tarikh ditetapkan karana tiada undang-undang yang memberikan kuasa
kepada mereka berbuat demikian.
"Sebelum penamaan calon, SPR tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan
kepada Anwar," kata Abdul Aziz apabila dihubungi The Malaysian Insider
di Shah Alam, Selangor.TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan