Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 5 Disember 2013

Suspek Curi Tabung Masjid Dibelasah Hingga Mati


Seorang remaja lelaki maut akibat dipukul empat lelaki yang berjaya mencekupnya ketika sedang mencuri wang tabung di sebuah masjid di Pandan Indah awal pagi semalam.
 
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa berusia 20 tahun dikatakan cuba melawan untuk melepaskan diri, namun berjaya ditangkap. Hasil soal siasat dilakukan penduduk, mangsa mengaku cuba mencuri wang menggunakan dawai sebelum dipukul sehingga setengah mati.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, sejurus menerima maklumat berhubung kejadian 10 minit kemudian, sepasukan anggota unit peronda polis (MPV) dikejarkan ke lokasi dan menahan mangsa selain turut merampas dawai yang dipercayai digunakan untuk mencuri.
 
“Sebaik tiba, polis mendapati mangsa sudah tidak berdaya dipercayai dipukul.Pemeriksaan lanjut oleh pasukan forensik yang tiba telah menemui sebatang kayu dipercayai senjata digunakan untuk memukul mangsa.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Ampang bagi rawatan dan disahkan meninggal dunia pada jam 11 pagi hari sama akibat kecederaan parah di kepala, badan dan tangan serta kaki dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul,” katanya.
 
Amiruddin berkata, polis turut menahan empat penduduk terbabit terdiri daripada dua lelaki tempatan masing-masing berusia 27 dan 39 tahun, manakala dua lelaki warga asing berusia 19 dan 20 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

ps/: mempertahankan harta masjid memang tanggungjawab semua masyarakat islam,tapi tak perlu sampai membunuh.

5 ulasan:

Lan berkata...

Yang pukul tuu "ahli jamaah masjid" ka "ahli jamah kedai kopi"?
Islam tak ajar kita jatuh hukum macam tuuu... akai boh d pala lutut. tah tah 4 org tuu kena pil kuda....

Tanpa Nama berkata...

Kami mau hudud bknnya undang2 rimba....

Tanpa Nama berkata...

Amat menduka cita kan
a.mati di pukul hidup hidup.
b.mati di dalam karangan masjid
c.mati kerana dhaif miskin tiada saudara mara.
d.mati kerana hendak lari dari 4 orang syaitan tempatan dan RAJA BAPAK SYAITAN warga ASING pengawal keselamatan.
Amat menyedihkan:
1.tiada siapa nak hulur bantuan relai kan ?
2.tiada siapa nak tanyakan khabar insan ini ?
Amat marah:
1.Di mana kah Hidayah kasih sayang Faith for All ?
2.Di mana kah letak kelembutan hati Nabikita,yang sering di khutbah Imam Imam masjid ,yang sangat rapat dengan YB Samad Iskandar EXCO Selangor ?
3.Di mana kah perjuangan islam pas,? dalam bilik Pejabat Iamam, terpampang ves warna hijau pantulan berlambangkan pas ?
4.Di mana kah belas kasihan yang di bawa olih Nabi kapada umat nya ?
Wahai ahli AJK pengerusi,kamu batu kayu tunggul dah tiada ati perrut,rasa sayang kapada semua insan ? Ta ambik tau ? dah ada CCTV cukup ke ?
5.Di mana kah Imam Zia Ul Haq yang berceramah ber tazkirah yang ber tilawah Al Quran berkhutbah SOlaat JUmaat.?
6.Di manakah orang kuat masjid ini,rasa kan hebat dengan jubah dll datang solat dengan kete mewah ?
Amat sakit hati:
a.Masjid ni bangga dengan pungutan Jumaat 15,000rm !
b. Mengapa duit itu tak dapat menolong insan yang malang ini ?
c.Simpan duit dalam akaun bank islamic,RM60,000 sebulan:
buat apa ?masuk simpanan tetap/ dapat 3.25 % bonus,payung free, keraiaan free,makan minum free.
Amat geram:
Kita tak amal ajaran agama sendiri!
Kalau macam ini punya hal,kita ambill undang apa ?
SAMSENG jadi pengawal Masjid?
SAMSENG Banglal/Pakistan /Indon ?.
Amat memalukan:
a.bila warga negara sendiri pukul warga negara,apa bila warga asing masuk pukul rakyat malaysia melayu ?Tiada maruah punya bangsa Malaysia ?
b.Lihatlah gambar,kaki kaki warga masjid itu, tuan punya kaki semua tonton tubuh yang tak bermaya itu.
Siapa pun tak papah nya .
Siapa pun tak selimut kan ? Rasa Hebat diri /Insaf ?Kasihan /
Siapa pun melihat insan dengan berdiri rasa bangga lebih sombong angkuh? Solat fardu subuh kamu macam mana ?
DiSini Siapa yang malang ?
1.Insan yang mati di pukul ?
2.2 orang warga malayia yang pukul dan membantu warga asing pukul sa orang rakyat msia ? 2 orang malaysia mesti melayu kan, bukan cina iban india kristian ?Yang warga asing tu 2 ekor, aku yakin mereka orang pakistan/bangla sebab ramai bangsa pakistan dan bangla solat kat situ,warga pakistan tu kaya raya ,ada kenderaan mewah,mesti banyak duit hasil kegiatan yang tak pasti halal di pandah Indah.
3.Imam,khatib,Ustaz, tok siak dan nazir ?
4.AJK/Pengerusi ?
5.YB samad Iskandar Arkitek /Town planner/pas adun/exco selangor (naik gaji tak tolong orang susah ke ) ?
6. Anak qariah Pandan IndaH ?
7.Jemaah solat subuh pagi itu ?
8.Rakyat Malaysia Melayu Islam ?
9.Mukmin Selangor ?
10.Exco Selangor in charge Agama Islam ?
11.JAIS/Dato Mufti ?
12.DYMM Raja Raja Melayu ?
Kalau AJK/Pengerusi/dan lain lain yang pegang amanah terima jawatan masih rasa Islam nya tebal ,undur lah ,demi arwah ni,keluarga arwah ni,dan seluruh umat Islam.
Alfatihah di hadiah kapada arwah semoga Allah izin nya syahadah sebelum pergi mengadapNya.
arjuna waspada
changkat lobak

Tanpa Nama berkata...

bagaimana nak berdakwah kpd bukan islam? where is your MERCY?

cucu mamak kutty berkata...

apa le si anon yg merapu kat sini...memang tak perlu pukul sampai mati,klu mencuri tak perlu di bunuh...cuma hukum hudud le ..potong tangan le..tapi yg merapu ntah pe pe tu pe hal

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....