Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar)
membuat kenyataan bercanggah di Parlimen hari ini apabila mengatakan
keadaan jenayah dalam negara masih terkawal.
Katanya keadaan jenayah negara turun dengan drastik selepas penahanan
7,200 individu yang dipercayai anggota kongsi gelap dari 17 Ogos hingga
sekarang.
Bulan lalu pada 20 Ogos semasa mengumumkan Ops Cantas dan dua pasukan
khas untuk memerangi jenayah Ahmad Zahid mengatakan, “Saya ada bukti
peningkatan kadar jenayah terutamanya di kawasan merah”.
Dalam reaksi serta-mertanya Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP
Tony Pua mengatakan kata-katanya menteri itu tidak mempunyai
kredibiliti.
“JIka keadaan jenayah terkawal, mengapa dia heboh tentang undang-undang Ordinan Darurat (EO)? soal Pua.
“EO dan kadar jenayah tidak eksklusif. Jadi dia kena buat keputusan
pindaan EO bermasalah atau kadar jenayah. Kenyataan beliau bercanggah,”
katanya. – 23 September, 2013.TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan