Parlimen diberitahu hari ini kos sambutan Majlis Rumah Terbuka
Aidilfitri Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melibatkan kos
sebanyak RM2.88 juta.
Perkara itu disahkan dalam jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim di Parlimen.
"Majlis rumah terbuka itu dihadiri lebih 80,000 tetamu daripada rakyat
pelbagai bangsa, agama, dan lapisan masyarakat," katanya dalam jawapan
bertulis kepada ahli Parlimen Seremban Loke Siew Fook.
Jelas jawapan berkenaan, syarikat katering yang bertanggungjawab
mengenakan bayaran RM 36 sekepala. Loke bagaimanapun membangkitkan sama
ada jumlah yang dibayar itu berbaloi ataupun tidak dengan hidangan yang
disediakan.
"Mereka (yang hadir) dapat menilai, RM36 itu berbaloi atau tidak," katanya ketika sidang media di Parlimen hari ini.
"Majlis besar seperti ini kenapa gunakan khidmat satu katerer sahaja,
kenapa tidak gunakan khidmat banyak katerer," soal Loke lagi. – 24
September, 2013.TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan