Kritikan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad yang dibuat Mantan Perdana
Menteri Tun Abdullah Badawi dalam buku biografi berjudul “Awakening: the
Abdullah Badawi Years in Malaysia” diumpamakan seperti 'pulang paku
buah keras' kata blogger Datuk A Kadir Jasin (gambar).
Menurut bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Time Press itu
kritikan yang dilakukan ke atas Dr Mahathir bukanlah satu yang
mengejutkan.
Ini kerana kata beliau sekiranya Dr Mahathir sering mengkritik mantan
Perdana Menteri ke lima itu maka tidak hairanlah Abdullah juga turut
melakukan perkara yang sama.
"Ia agak melucukan apabila sesetengah pihak yang mendakwa kecewa dengan
kenyataan yang didedahkan Abdullah kerana saya yakin Dr Mahathir mampu
untuk pertahankan diri sendiri bila beliau membuat keputusan untuk
melakukan perkara demikian," kata blogger itu.
Dalam buku biografi itu, Awakening, the Abdullah years in Malaysia,
bekas perdana menteri itu dilihat banyak mengkritik Dr Mahathir.
Antaranya beliau mendedahkan menghadapi masalah kelihatan "sleep apnea"
dimana penyakit individu yang menghidap sakit ini tidak dapat mengawal
masalah tidur.
Perkara itu jelas Abdullah turut diketahui Dr Mahathir, namun bekas
perdana menteri yang berkhidmat selama 22 tahun itu sentiasa menggunakan
perkara itu untuk mengkritiknya.
"Saya memberitahu Dr Mahathir keadaan saya jadi untuk beliau mengatakan
saya tertidur kerana tidak berminat dengan tugas tidak patutlah,"
katanya dalam buku berkenaan."Beliau tahu masalahnya namun memilih untuk memperkatakan semua itu," kata Abdullah.
Malah Abdullah juga membuat kenyataan sekiranya beliau mengikut
kehendak dan tekanan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya berbelanja tanpa
kawalan dan meneruskan projek mega, Malaysia pasti akan bankrup.TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan