KUALA LUMPUR, 22 Mei — Pakatan Rakyat (PR) memenangi 59 kerusi
campuran di Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) iaitu hampir
dua kali ganda daripada 30 kemenangan di kerusi majoriti Cina, menurut
kajian terbaru yang sekaligus menolak dakwaan "Tsunami Cina" oleh
Barisan Nasional (BN) sebagai punca kekalahan.
Badan pengkaji atas talian bebas tersebut berkata parti pemerintah BN
memenangi banyak undi di kawasan luar bandar manakala PR meningkatkan
sokongan di kawasan bandar dan separa bandar di negara yang sedang
mengejar status negara maju 2020.
"BN mewakili majoriti luar bandar dan dapat mengekalkan kuasa dengan
luar bandar dan kerusi separa bandar sahaja. Pilihan raya kali ini
menunjukkan PR lemah di luar bandar yang terdiri daripada kerusi
majoriti Bumiputera Sabah dan Sarawak," kata laporan itu, yang boleh
didapati dalam blog rasmi PoliTweet.
Menurut PoliTweet, 108 daripada 133 kerusi (81 peratus) dimenangi BN
adalah di kerusi luar bandar, manakala PR memenangi kerusi bandar atau
separa bandar hampir dengan peratusan sama (72 daripada 89 kerusi).
PR memenangi semua 16 kerusi bandar majoriti Cina, 12 kerusi bandar
Melayu dan 12 kerusi bandar campuran, memberikan mereka 40 daripada
jumlah keseluruhan 43 kerusi bandar (93 peratus). Sebagai perbandingan,
BN hanya memenangi 4 kerusi bandar Melayu dan 1 kerusi bandar campuran.
Daripada 54 kerusi separa bandar, PR memenangi 34 daripadanya (63
peratus). BN menang baki daripada kerusi separa bandar dengan kawasan
separa bandar Melayu adalah sebahagian besarnya 12 kerusi tersebut.
PoliTweet juga menunjukkan PR memenangi lebih banyak kerusi bandar
dan separa bandar majoriti Melayu berbanding BN, ia menunjukkan kerusi
majoriti Melayu bukan lagi jaminan kemenangan untuk BN.
Dalam kajiannya, PoliTweet mengkategorikan kerusi kepada tiga
kategori yang tidak mengikut klasifikasi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR), tetapi lebih berdasarkan imej satelit peta Google dan peta SPR.
PoliTweet menggariskan kawasan "pendalaman" terdiri daripada kampung,
bandar kecil atau tanah ladang dan kelihatan lebih besar secaara
fizikal dengan populasi yang kecil. Kawasan "bandar" pula terdiri
daripada bandar yang diliputi dengan betuk pembangunan bandar. Kawasan
"separa bandar" adalah gabungan kedua-duanya sekali.
Dibawha tiga kategori itu, PoliTweet membahagikan 125 kerusi sebagai luar bandar, 54 separa bandar dan 43 adalah bandar.
Kawasan bandar terdiri sedikit melebihi daripada setengah kerusi
majoriti Cina, tetapi kerusi majoriti Melayu masih lagi didominasi di
luar bandar. Walaubagaimanapun terdapat lebih banyak kerusi separa
bandar yang majoritinya adalah Melayu berbanding majoriti Cina dan
kawasan campuran dicampur-aduk sekali.
Firma kajian itu juga menekankan kebarangkalian rendah BN untuk
memenangi semula kerusi bandar, memandangkan BN hanya memperoleh 47
peratus undi popular di kerusi separa bandar dan 36 peratus di kerusi
bandar, berbanding 57 peratus yang diperolehnya di kerusi luar bandar.
Dalam Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia terkini pada tahun 2010
menunjukkan populasi di bandar Malaysia berlaku peningkatan mendadak
sejak tahun 1960-an, dengan 71 peratus daripada rakyat Malaysia tinggal
di kawasan bandar. Bank Dunia bagaimanapun meletakkan jumlah sedikit
lebih tinggi sedikit pada 72 peratus.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya kedua-duanya telah
mencapai 100 peratus status kemajuan, manakala Selangor dan Pulau Pinang
- kedua-dua kini diperintah oleh PR - merupakan yang tertinggi selepas
kedua-dua bandar utama itu adalah dengan lebih 90 peratus status
kemajuan.
Kebetulan, Selangor adalah negeri yang paling ramai penduduk dengan
5.46 juta orang, dan seiring dengan Putrajaya, mempunyai kadar
pertumbuhan tertinggi di Malaysia disebabkan oleh penghijrahan dan
peluang pekerjaan.
Dalam forum yang dianjurkan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya
Universiti Malaya (UMCEDEL) minggu lepas, pemerhati bebas pilihan raya
Merdeka Centre mendapati pengundi jelas berpecah antara kelas-kelas yang
berbeza, dengan kelas bekerja dan berpendapatan rendah kebanyakannya
mengundi BN, dan kelas pertengahan dan atasan memilih PR.
Pengarah Merdeka Centre Ibrahim Suffian menekankan perbezaan antara
kaum mencadangkan pengundi tidak berpecah mengikut kaum tetapi lebih
kepada ideologi yang berbeza yang dikemukakan oleh kedua-dua BN dan PR.TMI
2 ulasan:
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2013/05/undi-2-kali-budak-samdol-kepala-lutut.html
4 orang sepupu aku dari keluarga berdarah biru mengundi PR sebab mansuh PTPTN. Jadi berapa hakikat sebenar undi yang BN terima ni???
Catat Ulasan