Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 23 April 2013

Selepas Zul Nordin dicium India,104 ahli MIC keluar parti

 Seorang India berpakaian BN mencium Zulkifli Nordin. Kesannya, Naib Pengerusi MIC Shah Alam bersama 104 pengikutnya keluar MIC

KUALA LUMPUR: Selepas media BN menyiarkan gambar seorang lelaki India mencium calon BN Shah Alam, Zulkifli Nordin,  Naib pengerusi MIC Shah Alam C Supayah bersama 104 pengikutnya keluar meninggalkan MIC.

Ia dibuat sebagai tanda bantahan terhadap Barisan Nasional (BN) kerana meletakkan Datuk Zulkifli Noordin sebagai calon di kerusi Parlimen Shah Alam.

Perkembangan terbaru ini memberi tamparan hebat kepada BN terutamanya dalam misi untuk merampas negeri Selangor dan pemimpin utama MIC S Vell Paari juga pernah memberikan amaran sama sebelum ini, lapor The Malaysian Insider.

"Ya, hari ini saya hantar surat keluar parti... seramai 104 pengikut saya juga mengambil tindakan sama," kata Supayah apabila dihubungi laman itu.
Supayah yang memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi MIC Shah Alam sejak 2009 juga memberikan tiga alasan mengambil langkah keluar parti, salah satu sebab utamanya adalah kerana faktor pengumuman

Zulkifli dari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebagai calon BN di Shah Alam.

"Sebab pertama adalah kerana meletak calon Perkasa Zulkifli Noordin, dia sebelum ini telah menghina masyarakat India dan penganut agama Hindu."Bukankah itu jelas penghinaan?" kata Supayah lagi.

Faktor kedua yang menyebabkan beliau mengambil keputusan tersebut adalah kerana tindakan Ketua Bahagian Umno Shah Alam Datuk Ahmad Nawawi Mohd Zin memijak kepala lembu pada tahun 2009 disamping tindakan calon BN Che Johan Che Pa di Pasir Mas yang memberikan laluan kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk mempertahankan kerusi parlimen tersebut.

Zulkifli Nordin adalah Naib Presiden Perkasa.Sebelum ini tersebar video beliau menghina tuhan orang India yang beragama Hindu.

Di Pasir Mas pula, Datuk Ibrahim Ali bertanding sebagai calon bebas selepas namanya tidak terpilih sebagai calon BN.

Ketika Umno memecat 61 pemimpinnya kerana bertanding calon bebas, calon BN di Pasir Mas tiba-tiba tidak memfailkan namanya di hari penamaan calon.

Ibrahim telah merayu kepada Umno supaya tidak bertindak ke atas Che Johan Che, Naib Ketua Umno Bahagian Pasir Mas kerana tidak memfailkan namanya sebagai calon BN di situ.Hrkh

5 ulasan:

Quantum Metal Consultant berkata...

Tindakan supayah lebih menghina kaumnya sendiri - apakah dia lebih suka zul terus menghina?
Bukankah zul sudah minta maaf, mengakui kesilapan Dan kesal

Tanpa Nama berkata...

Tindakan yang sangat tepat. Orang India yang bermaruah Akan ada pendirian. Tinadan najib seolah2 tiada siapa lagi yang layak jadi colon di Shah Alam.

Tanpa Nama berkata...

Dear kluangman
Minta maaf manusia jenis ni boleh pakai ke?
Saya pun bukanlah prejudis sangat tapi bila mengikuti kesombongan terkini beliau saya jadi menyampah dengan manusia takabbur. Mudah2an Allah akan memberi petunjuk kepada beliau.Setiap sesuatu yang PASTI adalah HANYA milik Allah. Sebab itu kita sentiasa berbekalkan INSYAALLAH.

Tanpa Nama berkata...

LTAHNIAH MR SUPAYAH,
WALAUPUN SY ISLAM, SY MENYOKONG TINDAKAN BERANI ANDA MENENTANG MUNAFIK INI.
MALAYSIA MEMERLUKAN WARGANEGARA YG BERANI SEPRTI ANDA UNTUK MEMBAWA MALAYSIA KE MERCU JAYA.
KITA SAMA2 MEMBERI SUMBANGAN, MENEGAKKAN YG HAK DAN KEADILAN DI BUMI BERTUAH INI.
NYAHKAN UMNO DARI TAMPUK PEMERINTAHAN. UMNO TELAH TERLALU BUSUK UNTUK DIPERTAHANKAN.

Tanpa Nama berkata...

CIUMAN MAUT untuk Zul kulum...khkhkhkj...

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....