KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa
menang dalam samannya terhadap akhbar The New Straits Times, dalam satu
keputusan yang dibuat hakim Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur sebentar
tadi.
Hakim Datuk Su Geok Yiam membenarkan tuntutan Husam dengan
mengarahkan pihak NST membayar gantirugi terhadap Husam yang ditohmah
terbabit dalam penyelewengan dan salah guna kuasa di Kelantan.
Peguam yang mewakili Husam, Md Yunos Shariff berkata, pihak mahkamah
menetapkan tarikh 17 Mei depan untuk membincangkan pengurusan kes dan
segala aspek berkaitan gantirugi.Hrkh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan