KUALA TERENGGANU: Tragedi malang menimpa ahli
keluarga bekas wakil rakyat PAS, Ustaz Mohd @ Harun Jusoh, apabila dua
anak dan seorang cucunya disahkan meninggal dunia akibat lemas.
Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 6.30 petang semalam di Pantai Pandak Chendering Kuala Terengganu ketika program perkelahan keluarga sempena cuti persekolahan.
Beliau yang menjadi Adun Bandar pada PRU 1990 menyifatkan kejadian mati lemas melibat dua anak serta seorang cucunya itu sebagai takdir dengan kehendak Allah SWT.
Sebelum itu, katanya sempena berbaki musim cuti persekolahan semua ahli keluarga yang berada di luar Terengganu balik bercuti di Kampung Kuala Ibai.
“Saya pun tak sangka, kami keluarga anak-beranak berkumpul cuti sekolah yang berada di luar Terengganu pun balik, kami semua gembiralah dengan anak-cucu yang ramai ini.
“Tapi…hari ini, semua dengan kehendak takdir Allah Taala, Tuhan ambil dua orang anak saya dan seorang cucu, saya redha, sudah sampai masa-Nya,” ujarnya dengan hiba.

Beliau
yang juga Ketua Keselamatan PAS Terengganu menambah, tragedi lemas itu
bermula dari salah seorang cucunya yang dibawa arus deras dan anak-anak
yang lain cuba membantu.
Harakahdaily dimaklumkan, mangsa yang meninggal dunia ialah Saifuddin Mohd @ Harun, 49, adiknya, Mohd Hafiedz, 32 dan
Adam Daniel Mohd Hafiedz, 7, manakala dua orang lagi menerima rawatan
di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.
Kejadian itu dipercayai berlaku apabila Adam Daniel dilaporkan lemas
ketika sedang mandi di pantai berkenaan sebelum bapa dan bapa
saudaranya itu cuba menyelamatkan mangsa namun usaha itu gagal dan
mereka turut mengalami kesulitan di air.
Berikutan itu, dua lagi saudara dari keluarga berkenaan Burhanuddin
Helmi Harun, 43, dan Idzham Tayib, 41, turut serta membantu bagaimanapun
gagal menyelamatkan mangsa-mangsa itu.
Orang awam yang melihat kejadian itu menghubungi bomba dan sebuah
jentera enam anggota dikerahkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan
mayat mangsa dari kawasan pantai.
Kesemua mangsa lemas tersebut berjaya ditemui selepas 20 minit kejadian.
Allahyarham Mohd Hafiedz adalah Setiausaha Kerja Majlis Tindakan Dun (MTD) Batu Burok yang baru bertugas sejak hampir dua bulan lalu dan bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS kawasan Kuala Terengganu.
Beliau pernah menjadi pemandu khas kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, tahun 2008 dan pemandu pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan mengimamkan solat jenazah mereka pada jam 9.00 pagi ini di Masjid Kampung Kolam, Kuala Ibai dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kolam, Kuala Ibai.Hrkh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan