Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 7 Mac 2013

Polis Sahkan 52 Penceroboh Sulu Terbunuh Setakat Ini

LAHAD DATU, 7 Mac — Seramai 32 pemberontak Sul telah dibunuh sejak semalam, membawa jumlah keseluruhan kematian dikalangan penceroboh bersenjata warga Filipina di Sabah sebanyak 52 orang, kata pihak berkuasa hari ini.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin juga berkata serangan udara pada Selasa lalu ke atas kawasan persembunyian penceroboh Sulu di Kampung Tanduo bukan bertujuan untuk membunuh sesiapa, sebaliknya untuk “meneutralkan” pihak musuh supaya pasukan keselamatan dalam masuk tanpa sebarang tentangan.

“Serangan udara bukan bertujuan untuk membunuh,” kata Zulkifeli semasa sidang media bersama dengan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar hari ini.“Jumlah keseluruhan musuh yang telah terkorban adalah sebanyak 52,” kata Ismail.

Ismail menambah pasukan keselamatan telah menembak 31 penceroboh Sulu bersenjata di Kampung Tanjung Batu semalam dan seorang di kampung Tanduo pagi tadi.

Lapan anggota polis Malaysia terkorban awal minggu ini disini dan Semporna, menjadikan jumlah kematian keseluruhan 60 orang pada ketika ini.Ismail juga berkata jeneral Sulu antara individu yang terkorban.

Namun, beliau menambah tidak dapat mengesahkan sama ada ketua kumpulan penceroboh Agbimuddin Kiram antara mereka yang terkorban.

Zulkifeli berkata penceroboh bersenjata warga Filipina di Kampung Tanduo telah dikepung dalam kawasan yang kecil.

“Sesetengah juga bersembunyi,” tambah beliau, sambil mengakui operasi untuk mengusir baki penceroboh akan “memakan masa”.

Ismail berkata penceroboh Sulu juga telah bergerak ke Kampung Tanjung Batu, yang mana jaraknya antara empat ke lima kilometer persegi.Beliau juga berkata terdapat “sebilangan” penceroboh Sulu juga menghilangkan diri.

Pihak berkuasa juga mengakui permukaan berbukit dan hutan tebal sekitar ladang kelapa sawit Felda Sahabat disini dimana para penduduk ditempatkan, antara kesukaran yang dihadapi untuk memburu penceroboh bersenjata tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menolak gencatan senjatan hari ini untuk menghentikan pertempuran yang hampir masuk sebulan dengan penceroboh askar mengakui tentera Kesultanan Sulu yang telah menyebabkan kematian 28 orang, sebaliknya mengarahkan mereka menyerah diri tanpa syarat.

Beberapa penduduk yang menetap di dewan masyarakat Embara Budi disini sejak kumpulan penceroboh mendarat di Kampung Tanduo pada 9 Februari lalu melahirkan hasrat untuk pulang ke rumah mereka secepat mungkin.

Pengikut kesultanan Sulu sebelum ini mengakui kesediaan mereka untuk mati di Sabah bagi menuntut tanah yang didakwa mereka milik kesultanan tersebut.TMI

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mari kita nyanyi lagu ni TANYA SAMA NAJIB APA SEBAB GOYANG NANTI JAWAB NAJIB SABAH NAK HILANG...kita ulang lagi..... lirik lagu anwar

Tanpa Nama berkata...

Ada cerita baru yang mengejutkan! Makhluk mata satu akan melarikan diri dari Malaysia dengan menaiki roket DAP menuju ke bulan. Keh! Keh! Keh!

Quantum Metal Consultant berkata...

Harapan Dan niat jahat untuk bn tewas di sabah nampaknya tak kesampaian...

Aku simpati Dan kesian kpd pembangkang...Tanya Sama najib apa sebab pokok goyang nanti najib jawab bukan pokok yg goyang tapi pembangkang sudah goyang

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin pembangkang yg kata pencerobohan di Sabah sandiwara BN? Bodohnya penceroboh Sulu, sanggup berhadapan dgn bahaya dan kematian kerana nak jadi pelakun sandiwara BN. Aku suka Tian Chua ni, dia selalu berjawa buat lawak. Dgn tengok wajah dan fiZikal dia pun dah na tergelak, apa lagi bila dia kuar suara. Sure aku pecah perut dg lawak dia. Tian Chua .... MP paling lawak dalam sejarah Negara.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....