LAHAD DATU, 7 Mac — Seramai 32 pemberontak Sul telah dibunuh sejak
semalam, membawa jumlah keseluruhan kematian dikalangan penceroboh
bersenjata warga Filipina di Sabah sebanyak 52 orang, kata pihak
berkuasa hari ini.
Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin juga
berkata serangan udara pada Selasa lalu ke atas kawasan persembunyian
penceroboh Sulu di Kampung Tanduo bukan bertujuan untuk membunuh
sesiapa, sebaliknya untuk “meneutralkan” pihak musuh supaya pasukan
keselamatan dalam masuk tanpa sebarang tentangan.
“Serangan udara bukan bertujuan untuk membunuh,” kata Zulkifeli
semasa sidang media bersama dengan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri
Ismail Omar hari ini.“Jumlah keseluruhan musuh yang telah terkorban adalah sebanyak 52,” kata Ismail.
Ismail menambah pasukan keselamatan telah menembak 31 penceroboh Sulu
bersenjata di Kampung Tanjung Batu semalam dan seorang di kampung
Tanduo pagi tadi.
Lapan anggota polis Malaysia terkorban awal minggu ini disini dan
Semporna, menjadikan jumlah kematian keseluruhan 60 orang pada ketika
ini.Ismail juga berkata jeneral Sulu antara individu yang terkorban.
Namun, beliau menambah tidak dapat mengesahkan sama ada ketua kumpulan penceroboh Agbimuddin Kiram antara mereka yang terkorban.
Zulkifeli berkata penceroboh bersenjata warga Filipina di Kampung Tanduo telah dikepung dalam kawasan yang kecil.
“Sesetengah juga bersembunyi,” tambah beliau, sambil mengakui operasi untuk mengusir baki penceroboh akan “memakan masa”.
Ismail berkata penceroboh Sulu juga telah bergerak ke Kampung Tanjung
Batu, yang mana jaraknya antara empat ke lima kilometer persegi.Beliau juga berkata terdapat “sebilangan” penceroboh Sulu juga menghilangkan diri.
Pihak berkuasa juga mengakui permukaan berbukit dan hutan tebal
sekitar ladang kelapa sawit Felda Sahabat disini dimana para penduduk
ditempatkan, antara kesukaran yang dihadapi untuk memburu penceroboh
bersenjata tersebut.
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menolak gencatan senjatan
hari ini untuk menghentikan pertempuran yang hampir masuk sebulan
dengan penceroboh askar mengakui tentera Kesultanan Sulu yang telah
menyebabkan kematian 28 orang, sebaliknya mengarahkan mereka menyerah
diri tanpa syarat.
Beberapa penduduk yang menetap di dewan masyarakat Embara Budi disini
sejak kumpulan penceroboh mendarat di Kampung Tanduo pada 9 Februari
lalu melahirkan hasrat untuk pulang ke rumah mereka secepat mungkin.
Pengikut kesultanan Sulu sebelum ini mengakui kesediaan mereka untuk
mati di Sabah bagi menuntut tanah yang didakwa mereka milik kesultanan
tersebut.TMI
mari kita nyanyi lagu ni TANYA SAMA NAJIB APA SEBAB GOYANG NANTI JAWAB NAJIB SABAH NAK HILANG...kita ulang lagi..... lirik lagu anwar
BalasPadamAda cerita baru yang mengejutkan! Makhluk mata satu akan melarikan diri dari Malaysia dengan menaiki roket DAP menuju ke bulan. Keh! Keh! Keh!
BalasPadamHarapan Dan niat jahat untuk bn tewas di sabah nampaknya tak kesampaian...
BalasPadamAku simpati Dan kesian kpd pembangkang...Tanya Sama najib apa sebab pokok goyang nanti najib jawab bukan pokok yg goyang tapi pembangkang sudah goyang
Pemimpin pembangkang yg kata pencerobohan di Sabah sandiwara BN? Bodohnya penceroboh Sulu, sanggup berhadapan dgn bahaya dan kematian kerana nak jadi pelakun sandiwara BN. Aku suka Tian Chua ni, dia selalu berjawa buat lawak. Dgn tengok wajah dan fiZikal dia pun dah na tergelak, apa lagi bila dia kuar suara. Sure aku pecah perut dg lawak dia. Tian Chua .... MP paling lawak dalam sejarah Negara.
BalasPadam