BERIKUT kenyataan akhbar Azlan Mohd Lazim, bapa kepada Saiful pada sidang media yang diadakan di Ampang, dekat Kuala Lumpur hari ini.
Assalamualaikum wmth dan Salam Sejahtera.
Dengan nama Allah Yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa.
Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk pegawai khas (kepada pemimpin kanan negara, nama dikeluarkan di peringkat ini. Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya.
Saya amat kesal atas segala fitnah yang telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang membabitkan anak saya Saiful Bukhari.
Malah anak saya langsung tidak pernah menceritakan tentang kejadian dan pertuduhan tersebut kepada saya. Saya mengetahui hal anak saya terlibat dan dituduh cuma melalui akhbar milik kerajaan. Saya tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi mendapat keterangan dari saya sebagai bapa dari awal hingga tamat perbicaraan.
Semua kenyataan-kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anak saya dan saya sendiri telah dirancang dan diskripkan oleh peguam Zamri Idrus bersama dengan (pegawai khas kepada pemimpin kanan negara). Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini.
Saya ingin menyatakan walaupun pada ketika perbicaraan berjalan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya sentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anak saya, yang sebenarnya saya lakukan ini semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya yang sudah tidak beribu. Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dengan ini saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sangsara akibat fitnah ini.

Saya lakukan pendedahan ini kerana setelah sekian lama saya mengumpul
maklumat-maklumat sama ada semasa dalam perbicaraan mahupun yang dikirim
kepada saya oleh orang ramai, saya dapati kebenaran mula terserlah dan
jelas kelihatan.
Pihak pemerintah langsung tidak pernah menemui saya untuk berbincang
kes ini apatah lagi mahu bertanya pendapat saya. Segalanya dirancang
dengan bagitu rapi oleh (pegawai khas kepada pemimpin kanan). Ia
dilakukan dengan bagitu terancang sekali.
Sebagai seorang Melayu dan Islam, saya mula sedar akan perancangan
jahat ini. Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan fitnah jahat ini.
Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu akan niat jahat mereka.
Jika niat jahat ini berterusan, bukan sahaja umat Melayu dan Islam
hancur tetapi negara musnah. Saya tidak sanggup melihat ini terjadi.
Saya mengambil keputusan untuk bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pakatan
Rakyat dan Rakyat Malaysia yang dahagakan kemakmuran dan keamanan
bercakap benar dan menentang kejahatan ini.
Saya merayu kepada seluruh rakyat negara ini untuk tidak mempercayaai
fitnah ini dan marilah kita sama-sama bangun, bersatu menentang
kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul. Marilah kita
sama-sama berdoa agar Allah merestui perjuangan ini.
Marilah kita juga dokan agar ALLAH menangkan perjuangan mulia Datuk
Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan
negara dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Sekian. Wasalam.
Yang benar,
AZLAN MOHD LAZIM
Soal jawab ketika sidang media:
Soalan: sebelum ini, Encik Azlan turut sama mendedahkan isu
ini, namun sekarang telah membuat pendedahan yang lain. Jadi bagaimana
Encik Azlan mengetahui Anwar tak terlibat dengan isu ini?
Azlan: Setelah sekian lama dalam masa empat tahun kes
ini berjalan, saya mengikuti juga perbincangan dengan peguam yang telah
saya lantik, Encik Zamri Idrus. Jadi dari situ, saya sebagai bapa kita
tahu ada benda yang tidak kena dengan kes ini, ada dalang di sebalik kes
ini, saya percaya, dan saya percaya kepada anak saya beliau adalah anak
yang saya didik dan beliau adalah anak yang baik. Ini boleh saya
katakan kepada semua orang.
Soalan: Bagaimana pula dengan dakwaan yang telah dibuat?
Azlan: Saya tak nak campur urusan itu, kes itu di peringkat mahkamah rayuan, bermakna apa yang telah diputuskan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun telah dibebaskan. Sekarang pihak pendakwaan telah membuat rayuan dan akan didengar pada bulan Jun ini. Jadi kes mahkamah saya tak mahu sentuh.

Soalan: Adakah anak Encik (Azlan) tahu mengenai pendedahan ini?
Azlan: Yang itu pun, saya tak boleh komen dengan media sama ada dia tahu atau tidak.

Soalan: Sejauh mana (pegawai khas pemimpin kanan negara) mengambil langkah permulaan untuk mempelawa Saiful dalam isu ini?
Azlan: Saya tidak berjumpa dengan (pegawai khas pemimpin kanan negara), tetapi Saiful anak saya pernah bercerita kepada saya beliau pernah bertemu (pegawai khas pemimpin kanan negara), ada urusan ketika beliau menjadi timbalan presiden pertubuhan pelajar di universiti tempatan, dan saya tidak komen apa-apa bermakna jika awak kenal, kita tak ada masalah.

Soalan: Kenapa Saiful melibatkan Encik dalam isu fitnah ini?
Azlan: Setahu saya apa yang informasi yang telah beritahu saya, beliau mengenali pegawai khas pemimpin kanan negara setelah mereka berjumpa (di Putrajaya) dan telah berkawan dan dalam masa itu juga telah ditawarkan bekerja melalui sahabat baik beliau juga iaitu saudara Rahimi (Othman). Itu yang saya tahu, pernah beberapa kali saya berjumpa dengan Rahimi atas perkenalan sahabat baiknya.

Soalan: Jadi Encik tidak tahu mengapa Saiful membuat dakwaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim?
Azlan: Itu saya tidak tahu, dalam lampiran saya, seperti saya katakan tadi saya hanya mengetahui di dalam akhbar pada hari minggu, dan saya tidak diberitahu langsung oleh Saiful berkenaan masalah yang beliau hadapai. Selepas kes ini berjalan saya juga tidak dihubungi oleh mana-mana pihak kerjaan, saya tidak pernah pun diambil keterangan, saya tidak pernah dipanggil sebagai saksi kepada kes anak saya.

Soalan: Adakah Encik Azlan tinggal bersama anak atau bagaimana?
Azlan: Saya 'on off'. Saya masih mempunyai hubungan yang baik dengan anak saya. saya tahu anak saya, saya didik dengan cara yang baik dengan arwah ibunya. Saya tak pernah campur adukkan soal keluarga dan kes ini. Kemudian saya duduk dengan dia pun kami tak pernah berbincang mengenai kes ini.

Soalan: Kenapa sekarang baru Encik Azlan bercakap mengenai perkara ini?
Azlan: Saya rasa tanggungjawab saya untuk memberitahu dan saya seorang bapa, yang tahu apa sebenarnya berlaku di belakang tabir dan masyarakat luar tidak tahu melalui perbincangan-perbincangan tertentu, dengan peguam saya dan malah dalam sidang media saya juga, yang saya telah buat, telah diskripkan dan mendapatkan kelulusan daripada pegawai khas pemimpin kanan negara dan diserahkan kepada saya.

Saya juga tidak berhubung secara langsung dengan mereka. Saya hanya
bersama peguam saya, Zamri Idrus dan beliau yang akan serahkan semuanya
kepada pegawai khas pemimpin kanan negara, dan apabila sidang media
dibuat saya hanya baca sahaja berkenaan kes-kes yang sedang berjalan.
Tahun lepas adalah sidang media terahkir saya.
Soalan: Adakah kes yang melibatkan anak Encik ini palsu?
Azlan: Saya lebih nak kata kes ini adalah konspirasi politik jahat untuk memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim kali kedua.

Soalan: Kenapa ketika sidang media berjalan dan Encik Azlan
telah diarahkan seperti yang didakwa tadi, Encik Azlan tetap meneruskan
membaca kenyataan media tersebut?
Azlan: Sebagai bapa, saya tak ada pilihan, saya kena memberi sokongan moral kepada anak saya. Malah saya begitu banyak terima tekanan sesetengah pihak, jadi saya sebagai bapa saya kena berdiri sebelah anak saya sampai sekarang saya tak pernah marah beliau dan tak pernah mengungkit.

Soalan: Jadi sekarang Encik Azlan mengeluarkan kenyataan
seperti akan memberi kesan kepada pihak Saiful dan sebagainya, jadi
apakah yang lakukan?
Azlan: Itu terpulang kepada dialah, terpulang juga kepada peguam saya dan juga terpulang juga kepada pihak-pihak yang perlu menjawab isu yang didedahkan oleh saya.

Soalan: Bagaimana pula risiko yang akan dihadapi oleh Encik Azlan.
Azlan: Saya memang telah hadapi risiko sejak 2008, begitu juga ketika anak saya terlibat kes itu, saya mampu hadapi Insya-ALLAH.

Soalan: Adakah Encik Azlan akan berjumpa dengan Anwar untuk memohon maaf?
Azlan: Insya-ALLAH kalau ada rezeki saya akan dipertemukan.

Soalan: Adakah perkara ini melibatkan kepentingan politik?
Azlan: Tidak, saya tidak buat kerana politik. Tak ada kepentingan politik.SH
6 ulasan:
alhamdulillah...saat kebenaran muncul kebatilan akan hancor...semoga yg terselindung terdedah 1 persatu...aminnn
takde maknanya..tuan empunya badan dah istiqamah pertahan sunnpah laknat dia dulu yg dia diliwat oleh manusia haram jadah bernama Anwar Ibrahim. Syabas Saiful. Kepada bapa Saiful, anda adalah manusia yang boleh dibeli dgn wang, maruah anda tiada nilai.
baca sumpah pun tersasul sumpah apa orang bersumpah tak payah tengok tek tek apa pun sat 28 6 sat 26 6
Hoi mangkuk..ko ne lyn tenet.tp bodoh mcm buah pelir najib..Bapak dia bila jumpa Anwar..bapak dia dpt kesedaran disebabkan Allah bg dia hidayah..bukan mcm ko..keturunan firaun..tunggu bala dtg baru nak mintak ampon...lahabau punya org..
Kesian org tua ni, tringin nak brjumpa dng kerajaan tapi tak Ada peluang, tak dilayan...tak dapatlah dia nak demand yg bukan2, satu pengakuan 'kerajaan' tak campurtangan....
Bagai org mengantuk disurung bantal, Ada mangkuk hayun geng monyet yg offer baeeekkk punya...
Aku sokong org tua ni...tunggu punya lama2, umno tak huluq pun lebih baik cari tauke baru...
Pengakuan ini membuatkan anuar yg jijik telah tergugur dng sendiri....yg hina Dan jijik adalah bapa saiful, tahniah.
tak der ummp kenyataan bpak sefol pon. slps azmin vs mak.kini bpk vs sefol. 2 tauladan politik pkr mengharubirukan manusia. Kenyataan balas sefol meyakinkan : 'anuar peliwat tegar' kik kik
Catat Ulasan