Mohd Nasir memegang keputusan penghakiman di luar Mahkamah Tinggi - Foto Md Izwan
ALOR SETAR, 21 Mac — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan
Mohd Nasir Mustafa berjaya memenangi kes tuntutan saman fitnah ke atas
Radio Televisyen Malaysia (RTM) milik kerajaan sebanyak RM150 ribu
selepas Mahkamah Tinggi Kedah membuat keputusan pagi ini.
Dalam
penghakiman hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman See Mee Chun mengarahkan
dua defendan Mohd Hanafiah Hanafi dan Zakri Suid dari RTM untuk membayar
ganti rugi sebanyak RM50 ribu, manakala penerbit rancangan RTM “Titik
Sentuhan” Hartini Haris dan ketua pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia
Datuk Norhayati Ismail pula diarah membayar sejumlah RM70 ribu.
Selain itu, pihak defendan juga diarahkan membayar kos guaman RM30 ribu.“Hari ini hakim telah membuat keputusan mengarahkan empat defendan
untuk membayar sejumlah RM150 ribu kepada YB Nasir,” kata peguam
Aminuddin Zulkipli apabila ditemui oleh The Malaysian Insider.
“Dua defendan diarah untuk membayar RM50 ribu, kedua-dua mereka
dibahagikan RM25 ribu setiap seorang. RM70 ribu pula perlu dibayar oleh
Hartini dan Norhayati... serta RM30 ribu kos guaman.”
Mohd Nasir telah memfailkan saman pada Mei tahun lalu ekoran
rancangan “Titik Sentuhan” yang disiarkan pihak RTM pada 18 November
2011 kerana menfitnah beliau gagal menjalankan tanggungjawab dan tugas
sebagai Adun di Kubang Rotan.
Dalam writ saman yang dikemukakan juga, Mohd Nasir juga menolak
tuduhan mengatakan beliau mengamalkan diskriminasi pembangunan dikawasan
undangannya dan mendakwa ia telah mencemarkan imejnya serta
kredibilitinya.
Mohd Nasir menewaskan calon Umno, Nordin Salleh pada Pilihan Raya 2008 dengan majoriti 1,387.TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan