Kami dari Persatuan Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa UUM ingin
menyuarakan sedikit pandangan mengenai isu Forum Mahasiswa di UUM
apabila pelajar Jurusan Undang-undang di UUM Sdri Bawani KS dimalukan di
depan khalayak ramai.
1. Kami mengutuk sekerasnya tindakan Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed
Shah Miskin selaku Presiden Suara Wanita 1 Malaysia yang memperlekehkan
dan memperkotak-katikkan soalan yang dikemukakan oleh saudari Bawani.
2.
Dalam mana-mana forum, para panel dan juga audien sendiri mempunyai hak
dan pendapat masing-masing untuk disuarakan, malahan ia juga perlu
ditangani secara professional, bukan dengan memberi analogi “haiwan
bermasalah” yang semua sedia maklum, tiada kaitan dengan fakta yang
dikemukakan oleh Saudari Bawani.
3. Kami merasakan Puan Sharifah agak keterlaluan dan tidak
menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang pemimpin NGO dalam menjawab
soalan yang dikemukakan. Oleh itu, kami juga memohon Puan Sharifah
untuk memohon maaf secara terbuka kepada pihak Bawani seperti mana
beliau memalukan saudari Bawani secara terbuka.
4. Sewajarnya, sebagai seorang pemimpin tertinggi NGO, Puan Sharifah
patut memperkaya diri dengan ILMU dan NILAI-NILAI MURNI kerana kedua-dua
elemen ini adalah sangat penting dalam diri seorang pemimpin agar
pemimpin tersebut layak dihormati oleh pengikut. Bukan ego dan tinggi
diri yang menjadi teruhan.
5. Kejadian yang berlaku, bagi kami, tidak perlu pelajar di dalam
dewan itu turut disalahkan. Kebiasaannya sesi penghujahan dan sesi
soalan dibuka selepas habis forum. Ini bererti mereka ini sudah
diberikan pendedahan mengenai segala keburukan yang cuba diketengahkan.
Sesungguhnya pelajar-pelajar di dalam dewan itu masih dalam proses
belajar.KD
Video Dan Artikel Berkaitan DISINI
9 ulasan:
wanita bernama sharifah jika pakatan menang nanti kita akan minta dia melutut kepada pelajar yang dimalukan, kurang ajar x sedar diri, konon sayangkan negara tapi dia lebih barat dari orang barat.
susah klau dah perasan diri tu bagus sangat....
Salam...saya ada disana,apa yg tonton xmcm apa yg jd. Psepa xtnjk mcm mn plajar tu mcelah ms sesi pgulungan?ada sesi Q&A sblm tu... Saya harap,dr backing bdk india tu lebih2,baik tgk video yg xdak edit. Klw x,sama ja mcm buletin3suku.
sharifah zohra = syaitan betina yg dikenali
pelajar universiti ingat mereka semua pandai, nak tanya satu soalan, siapa yang lebih pandai pelajar universiti yang sedang belajar atau orang yang macam kami ni yang dan lama lalui/tamat belajar kat unversiti dan sudah lalui macam macam pekerjaan dan sudah banyak lalui selok belok kehidupan?
Inilah melayu, sikit sikit memperlekeh taraf pendidikan org lain, ape sal PM yang dah lama hidup tu tak leh jawab soalan pasal najis oleh budah sekolah? Malah ada yg dah graduate tu lebih bengap dr yang masih kat sekolah menengah. Semuanya bergantung kepada cara mana kita berfikir dan mentafsirkan mengenai sesuatu perkara. Mungkin kehidupan seharian juga memberi kesan. Hanya yg bodoh saja yg berkelakuan begini bila tidak menpunyai jawapan pada soalan yg ditujukan. Dan dah acap kali kita lihat pemimpin umno juga bertindak begini bila buntu dgn persoalaan rakyat. Lihat saja debat Anwar vs Sabery... Siapa yg berhujah dengan fakta dan siapa yg dah tak terjawab mula menyerang kisah peribadi. Period. ABU
Lebih malang lg melayu yg duduk kat dewan tu... Sungguh memalukan. Nasib bangsanya dibela oleh bangsa lain. Nak pendidikan percuma, tp hanya membatu tanpa bersuara... Itulah kalau dah lama hidup kena suap, periuk nasi sendiri pun kaum lain tolong sediakan. Hanya tau bertepuk tanpa memahami kenapa bertepuk. UUM - Untuk UMnogok ajer
Mmg student situ bodoh bodoh belaka....bila kak pah dok tembak bawani pon depa dok sorak dan tepuk tangan...banggang...patut sokong la member hang pa nie dak...tolol sungguh laaaaaa
dah lebih sebulan, baru sekarang nak keluar statement mengutuk che pah miskin ni, apa barang??? persatuan hipokrit!!! agaknya kalau benda ni tak terbongkar, ada tak korang hantar notis bantahan kat sw1m/saripah miskin akhlak tu? budak-budak UUM yg ada dalam dewan tu semuanya LALANG!!!
Catat Ulasan