Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 5 Januari 2013

Amanat Hj Hadi: Pas tolak idea muzakarah tertutup

 Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM - Pas menolak cadangan agar diadakan muzakarah secara tertutup, seperti yang diutarakan oleh seorang penonton satu program siaran langsung RTM malam tadi, sambil menyifatkannya sebagai tidak adil kepada Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, media arus perdana setiap hari memaparkan kritikan dan kutukan terhadap Hadi secara terbuka dan boleh ditonton oleh semua rakyat Malaysia.

Menurutnya, cadangan yang diberikan untuk mengadakan sesi muzakarah secara tertutup itu tidak adil kepada Hadi.

Beliau juga berkata, Pas tidak bersetuju bukan kerana takut atau untuk lari daripada isu tersebut, tetapi cadangan itu dilihat tidak adil.

"Bukan kita tidak setuju buat secara tertutup, tetapi masalahnya media arus perdana menghentam dan mengkritik Hadi secara terbuka."Tetapi bila dekat Hadi, nak buat secara tertutup, ini tak adil.

"Sekarang ini pun semakin melampau kritikan dibuat terhadap Hadi, kita tak setuju bukan sebab kita nak lari dari isu, (atau) sebab kita takut, tapi cadangan itu tak adil," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Dalam laporan media yang dikeluarkan Bernama lewat semalam, sesi muzakarah tertutup dicadangkan sebagai salah satu cara untuk menyelesaikan isu Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan lebih 30 tahun dulu dan didakwa menjadi punca perpecahan dikalangan umat Islam di negara ini.

Cadangan berkenaan diutarakan oleh seorang penonton di studio ketika siaran langsung program bual bicara RTM, Bicara Rakyat menerusi TV1 pada pukul 9 malam tadi.

"Saya mencadangkan supaya Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin Pas dipanggil bersama beberapa tokoh yang tidak berkepentingan politik seperti mufti dan ahli akedamik.

"Kesan Amanat Haji Hadi masih berlaku sehingga kini. Kafir-mengkafir masih wujud. Melalui muzakarah, kita bukan berpolitik tetapi membincangkan masalah ummah," kata penonton tersebut sebelum program berkenaan berakhir.

Mengulas lanjut Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas  Pahang berkata, muzakarah yang dilakukan secara tertutup tidak akan sampai kepada rakyat yang menanti penjelasan daripada Hadi.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pas turut menolak cadangan agar diadakan muzakarah secara tertutup itu.

Mustafa berkata, Pas tetap berpendirian untuk menyelesaikan isu Amanat Haji Hadi itu secara langsung.Tambahnya, melalui rakaman atau tertutup penjelasan yang akan dilakukan tidak akan sampai kepada masyarakat.

"... seperti yang kita katakan sebelum ini, kita mahukan secara langsung."Kita tolak cadangan itu, kalau secara tertutup penjelasan itu tidak akan sampai kepada masyarakat," katanya.SH

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wahai JIN KOMPOT,nak berdalih u agak2 le,muzakarah je dengan Ulamak yangpakar dalam Hal ISLAM,ingat HJ HEDING u betul sangat ke!Putar pusing,sekarang diMalaysia bukan orang bukan Islam yang mempermainkan Islam,tapi parti politik yang gila nak kuasa!
Pakai je kopiah ngaku Ulamakkk.ULAMAKPOS le ni.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....