Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 17 Mac 2012

PRU 13 : Zaid Ibrahim sah bertanding di Kota Bharu

KOTA BARU: Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Datuk Zaid Ibrahim mengesahkan beliau akan bertanding kerusi Parlimen
Kota Baharu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).Keputusan itu dibuat berdasarkan kebolehan serta peluang yang baik untuk membersihkan namanya dalam dunia politik dan bukan untuk memecahkan undi mana-mana parti yang bertanding, katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya Kita di Kubang Kerian, di sini, malam tadi.

Pada pilihan raya umum 2004, Zaid yang juga bekas Anggota Parlimen Kota Baru memenangi kerusi Parlimen itu atas tiket Barisan Nasional (BN) dengan mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Mahmood Nik Hassan dengan majoriti 1,723 undi.

Zaid mendakwa banyak orang buat pelbagai tuduhan terhadapnya, dan “saya rasa peluang PRU ini orang Kota Baharu tentukan (sama ada saya ini) boleh pakai atau tidak pakai.”

Zaid berkata, beliau juga lebih selesa untuk tidak bertanding atas mana-mana tiket parti politik yang lebih berpengaruh dan yakin dengan kemampuan yang dimilikinya.

`Sayalah Presiden’

“Saya bertanding atas diri saya. Tapi kalau ada orang nak beri ruang, kalau ada untungnya, baguslah. Itu bukan  keputusan saya dan buat masa ini saya selesa bertanding atas diri saya,” katanya.

Menyentuh mengenai parti Kita, Zaid berkata, beliau masih lagi presiden parti yang sah, dan dakwaan bekas Pengerusi Parti Kita Kedah, Zamil Ibrahim, bahawa beliau telah dipecat adalah tidak benar.

“Sebenarnya, tak ada apa pun. Mereka ini bila kena pecat, dia merungut. Kita sudah bagi amaran, tapi dia buat juga. Kalau kamu nak percaya Zamil, kamu tulislah dia Presiden Kita. (Tapi) kalau kamu tengok  daftar pertubuhan, sayalah (presiden),”  katanya.

Zaid yang dipecat dari Umno pada Disember 2008 ekoran beberapa tindakannya termasuk menghadiri perhimpunan parti pembangkang telah menyertai PKR pada Jun 2009, dan pada pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April   2010, beliau bertanding atas tiket PKR untuk merebut kerusi itu.

Bagaimanapun, beliau dikalahkan calon BN P Kamalanathan dengan majoriti 1,725 undi.Zaid kemudian meninggalkan PKR dan menubuhkan parti Kita pada Disember 2010.
- Bernama

Ulasan Pimpinan Pas Kelantan Sebelum Ini :

KOTA BHARU - Pas Kelantan menolak desas-desus yang mengaitkan Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Datuk Zaid Ibrahim mahu bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu atas tiket parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Bagaimanapun, menurut Timbalan Pesuruhjaya Pas III, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, setakat ini pihaknya tidak dimaklumkan sebarang perbincangan sedang diadakan bersama Zaid sama ada di peringkat Pusat mahukan negeri.

“Kita tidak dapat maklumat sebarang perbincangan dibuat, namun bagi saya agak mustahil (untuk bertanding atas tiket Pas) kerana kita tidak menerima cara dia berpolitik, lompat sana-sani,” katanya kepada pemberita selepas hadir di pelancaran Bulan Dakwah di Kompleks Balai Islam Lundang.

 

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....