Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 23 Disember 2012

Tahniah !! 64% Rakyat Mesir Terima Draf Perlembagaan Baru

 Antara rakyat Mesir yang mengundi dalam referendum semalam. - Foto ihsan CNN

KAHERAH - PAS merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh rakyat Mesir kerana telah membuat keputusan dengan majoriti 64 peratus mengatakan 'ya' dan menyokong dalam pilihan raya 'referundum' perlembagaan.

Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS negeri Terengganu, Ustaz Mohd Soud Said( gambar kiri ) berkata  ia melambangkan majoriti rakyat Mesir mahukan kepada Islam dan kepimpinan Islam menerajui negara tersebut.

"Atas kejayaan (itu) kita (PAS) ucapkan tahniah kepada Dr Mohammad Morsi dan seluruh rakyat mesir samaada di dalam atau di luar Mesir diatas kemenangan dalam referendam perlembagaan baru Mesir,

"ini melambangkan majoriti rakyat Mesir mahukan kepada Islam menerajui Mesir,"ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai respons sebaik keputusan tidak rasmi diumumkan pihak Parti Keadilan dan Kebebasan selepas pusingan kedua referundum tersebut pada kira-kira jam 11 malam 22hb Disember, di sini.

[Gambar - Ustaz Soud menunjukkan salah satu buku perlembagaan palsu yang diedarkan di kalangan rakyat Mesir, dipercaya salah satu usaha menggagalkan  referendum terbabit]

Dengan itu, beliau berharap semua pihak dapat menerima keputusan tersebut dengan 'lapang dada' khususnya pihak pembangkang yang dilaporkan akan menolak keputusan referundum itu.

Menurutnya, keputusan tersebut amat penting bagi membangunkan negeri Mesir yang baru, yang lebih aman, stabil dan maju.

"kita mengharapkan semua pihak dapat menerima keputusan rakyat Mesir yang telah memilih perlembagaan yang baru ini, lebih-lebih lagi (kepada) pembangkang dan negara-negera menyokong mereka (dibelakang pembangkan),

"InsyaAllah, selepas dari ini Mesir akan kembali aman dan lebih maju,"jelasnya.

Ustaz Mohd Soud berada di tanah Arab sejak pusingan pertama referundum dilaksanakan pada 15hb Disember lalu, bersama-sama rombongan Misi ke Gaza yang dianjurkan oleh Yayasan Amal Malaysia.

Sehubungan itu, beliau turut memantau dan membuat tinjauan ke beberapa pusat pengundian di wilayah Kaherah pada 15hb dan wilayah Giza ketika pusingan kedua referundum, semalam.

Katanya, pada pusingan pertama pengundian diadakan di sepuluh wilayah yang berkesudahan dengan 56.2 peratus menyokong dan 43.4 peratus menolak.

Manakala keputusan tidak rasmi pada pusingan kedua semalam, katanya, sebanyak 71.43 peratus rakyat Mesir yang menyokong dan 28.57 peratus mengatakan tidak kepada perlembagaan baru.

"pada pusingan pertama, 56.2 peratus menyokong dan 43.4 peratus menolak, manakakla pada pusingan kedua 71.43 peratus rakyat Mesir yang menyokong dan 28.57 peratus mengatakan tidak,

"ia menjadikan jumlah keseluruhannya setelah dicampur kedua-dua pusingan itu, 64.01 peratus menyokong dan hanya 35.99 peratus yang menolak,"katanya.

Justeru dengan kemenangan rakyat Mesir itu, beliau mengharapkan 'momentum' suara rakyat yang mahukan perubahan itu, akan menjalar dan menjangkit kepada semua negara arab dan negara-negara umat Islam seluruh dunia, termasuk Malaysia.BO

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....