KAHERAH - PAS merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh rakyat Mesir
kerana telah membuat keputusan dengan majoriti 64 peratus mengatakan
'ya' dan menyokong dalam pilihan raya 'referundum' perlembagaan.
Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS negeri Terengganu, Ustaz Mohd Soud Said( gambar kiri ) berkata ia melambangkan majoriti rakyat Mesir mahukan kepada Islam dan kepimpinan Islam menerajui negara tersebut.
"Atas kejayaan (itu) kita (PAS) ucapkan tahniah kepada Dr Mohammad Morsi dan seluruh rakyat mesir samaada di dalam atau di luar Mesir diatas kemenangan dalam referendam perlembagaan baru Mesir,
"ini melambangkan majoriti rakyat Mesir mahukan kepada Islam menerajui Mesir,"ujarnya.
Beliau berkata demikian sebagai respons sebaik keputusan tidak rasmi diumumkan pihak Parti Keadilan dan Kebebasan selepas pusingan kedua referundum tersebut pada kira-kira jam 11 malam 22hb Disember, di sini.
[Gambar - Ustaz Soud menunjukkan salah satu buku perlembagaan palsu yang diedarkan di kalangan rakyat Mesir, dipercaya salah satu usaha menggagalkan referendum terbabit]
Dengan itu, beliau berharap semua pihak dapat menerima keputusan tersebut dengan 'lapang dada' khususnya pihak pembangkang yang dilaporkan akan menolak keputusan referundum itu.
Menurutnya, keputusan tersebut amat penting bagi membangunkan negeri Mesir yang baru, yang lebih aman, stabil dan maju.

"kita
mengharapkan semua pihak dapat menerima keputusan rakyat Mesir yang
telah memilih perlembagaan yang baru ini, lebih-lebih lagi (kepada)
pembangkang dan negara-negera menyokong mereka (dibelakang pembangkan),
"InsyaAllah, selepas dari ini Mesir akan kembali aman dan lebih maju,"jelasnya.
Ustaz
Mohd Soud berada di tanah Arab sejak pusingan pertama referundum
dilaksanakan pada 15hb Disember lalu, bersama-sama rombongan Misi ke
Gaza yang dianjurkan oleh Yayasan Amal Malaysia.
Sehubungan itu,
beliau turut memantau dan membuat tinjauan ke beberapa pusat pengundian
di wilayah Kaherah pada 15hb dan wilayah Giza ketika pusingan kedua
referundum, semalam.
Katanya, pada pusingan pertama pengundian
diadakan di sepuluh wilayah yang berkesudahan dengan 56.2 peratus
menyokong dan 43.4 peratus menolak.
Manakala keputusan tidak
rasmi pada pusingan kedua semalam, katanya, sebanyak 71.43 peratus
rakyat Mesir yang menyokong dan 28.57 peratus mengatakan tidak kepada
perlembagaan baru.
"pada pusingan pertama, 56.2 peratus menyokong
dan 43.4 peratus menolak, manakakla pada pusingan kedua 71.43 peratus
rakyat Mesir yang menyokong dan 28.57 peratus mengatakan tidak,
"ia
menjadikan jumlah keseluruhannya setelah dicampur kedua-dua pusingan
itu, 64.01 peratus menyokong dan hanya 35.99 peratus yang
menolak,"katanya.
Justeru dengan kemenangan rakyat Mesir itu,
beliau mengharapkan 'momentum' suara rakyat yang mahukan perubahan itu,
akan menjalar dan menjangkit kepada semua negara arab dan negara-negara
umat Islam seluruh dunia, termasuk Malaysia.BO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan