KUALA LUMPUR 27 DIS: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM) menjelaskan bahawa rebat RM200 untuk telefon pintar yang
diumumkan dalam Bajet 2013 hanyalah untuk telefon pintar yang berharga
maksimum RM500.
SKMM telah menerbitkan kriteria berikut dalam laman webnya:
- Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
- Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah.
- Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500.
- Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baru.
- Hanya satu telefon pintar untuk seorang belia.
Menurut
notis yang disiarkan semalam, program rebat di bawah Inisiatif Jalur
Lebar Kebangsaan (NBI) telah diperuntukkan sejumlah RM300 juta oleh
kerajaan yang akan memberi manfaat kepada 1.5 juta belia, lapor Malaysiakini.
Permohonan untuk rebat adalah terbuka dari 1 Januari hingga 31
Disember 2013 dan para belia yang berminat boleh memohon melalui
lamanweb SKMM.
Setem biru kelihatan di sudut kanan laman web yang bertulis Janji Ditepati, Mulai 1 Januari 2013, Bajet 2013.Bagaimanapun, Malaysiakini mendapati lamanweb tidak boleh diakses sejak pagi ini.
Pada 28 September, di bawah Bajet 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak mengumumkan rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G
untuk belia berumur 21 hingga 30 tahun, dengan pendapatan bulanan
RM3,000 ke bawah atau tanpa pendapatan bulanan, daripada peniaga yang
dibenarkan bawah Pakej Komunikasi Belia.KD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan