KUALA LUMPUR: Pihak polis bertindak merampas komputer
riba milik seorang pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussien kira-kira jam
12.30 tengah hari tadi, ekoran kritikannya terhadap seorang sultan
beberapa minggu lalu.
Beliau yang dihubungi Harakahdaily, berkata dua orang polis masing-masing berpakaian uniform dan biasa menyerbu rumahnya.
"Ketika itu saya sedang baca buku, mereka datang dan merampas komputer riba katanya untuk menjalankan siasatan berhubung kritikan saya lepas," katanya.
Oktober lalu, beliau telah dipanggil ke balai Shah Alam, Seksyen 9 untuk memberikan keterengan ekoran dakwaan menghina sultan dalam satu 'posting' di Facebooknya.
Beliau disiasat, atas dakwaan berkaitan dengan isu kebebasan bersuara.Sebelum ini, polis juga telah merampas telefon bimbitnya.Hrkh

Tiada ulasan:
Catat Ulasan