KUALA LUMPUR 31 Dis: Tindakan Jabatan Tanah dan Galian (PTG) Pahang
menyita dua kontena menempatkan pusat kempen anti-Lynas sempena Himpunan
Hijau di Gebeng bersifat berat sebelah, kata Ahli Parlimen Kuantan,
Fuziah Salleh.
“PTG
beri alasan konon kontena diletak atas tanah kerajaan tanpa kebenaran
dan ia bertentangan dengan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965.
“Mengapa PTG enggan bertindak terhadap pondok pengawal syarikat Lynas
yang dibina di tapak sama kerana ia juga bertentangan di bawah seksyen
ini,” katanya ketika dihubungi.
Sabtu lalu, PTG bersama Majlis Perbandaran Kuantan dan polis menyita
kontena berukuran 10×20 kaki di kawasan seluas tiga ekar di Balok,
Kuantan.
Kedua-dua kontena itu diletak di sebelah salah satu jalan utama
menuju ke kawasan perindustrian Gebeng, lokasi operasi Lynas
menghasilkan sisa radioaktif.
Fuziah berkata, apabila ditanya berhubung perkara itu, pegawai PTG
hanya menjawab ‘ini arahan pihak atasan dan kami tidak boleh buat
apa-apa’.“Ternyata undang-undang ini double-standard,” tegas Naib Presiden KEADILAN itu.
Tindakan pihak berkuasa tersebut bagaimanapun gagal dan setakat ini,
peserta Himpunan Hijau masih tidak berganjak dari situ sejak minggu
lalu.
“Pentadbiran Najib Razak lupa himpunan ini digerak atas kesedaran
rakyat yang tahu betapa bahayanya operasi Lynas jika diteruskan. Apa
juga taktik Najib untuk menghalangnya pasti gagal, malah mengundang
simpati rakyat kepada mereka,” kata Fuziah.KD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan