KUALA LUMPUR 5 November: KEADILAN membongkar hubungan mencurigakan di
antara syarikat pengendali saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES),
Beta Tegap Sdn Bhd dengan Umno Johor.
Dedah Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Chang Lih Kang, pemegang saham terbesar syarikat itu, To’Puan Rozana Redzuan adalah anak kepada bekas Ketua Bahagian Umno Parit Sulong, Allahyarham Tan Sri Datuk Redzuan Salim.
“Ibunya, Puan Sri Datin Atkah Abdullah pula adalah bekas Timbalan
Ketua Wanita Umno Johor dan Ahli Jawatankuasa Wanita Umno Pusat.
“Selain itu, Rozana juga adalah sepupu kepada Ahli Dewan Undangan
Negeri (DUN) Machap, Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman,” kata Ahli Dewan
Undangan Negeri Teja itu pada sidang media di Parlimen hari ini.
Turut ditunjukkan dalam sidang media itu, salinan maklumat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).Maklumat tersebut menyatakan, Rozana adalah Pengarah Beta Tegap dan
memiliki saham bernilai RM5.8 juta.
Dalam sidang media sama, Ahli Parlimen Selayang, William Leong
berkata, maklumat ini sekali lagi menunjukkan hubungan syarikat kroni
yang mendapat kontrak dari kerajaan.Beliau mendesak kerajaan menjelaskan kenapa syarikat swasta dan kroni dilantik mengendalikan AES.
“Sampai hari ini, kita tidak mendengar satu sebab pun kenapa sistem ini dikendali pihak swasta. Apa masalahnya dengan polis yang mengendali saman trafik sebelum ini.“Kami juga sekali lagi meminta kerajaan agar batalkan dan nilai semula sistem pelaksanaan AES ini,” kata Bendahari Agung KEADILAN itu.
“Sampai hari ini, kita tidak mendengar satu sebab pun kenapa sistem ini dikendali pihak swasta. Apa masalahnya dengan polis yang mengendali saman trafik sebelum ini.“Kami juga sekali lagi meminta kerajaan agar batalkan dan nilai semula sistem pelaksanaan AES ini,” kata Bendahari Agung KEADILAN itu.
Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan, kutipan saman jalan raya akan
dikongsi antara kerajaan dengan Beta Tegap dan satu lagi syarikat
pengendali, Ates Sdn Bhd.Kedua-dua syarikat itu mensasarkan 10 juta saman dikeluarkan setahun dan bakal mendapat keuntungan sehingga RM700 juta hasil kutipan saman.KD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan