KUALA LUMPUR, 29 Okt — Kesemua empat negeri yang diperintah
oleh Pakatan Rakyat (PR) telah membuat keputusan untuk menangguh untuk
meluluskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang mengesan pesalah
trafik yang melanggar had laju dan lampu isyarat, kata ketua menteri
Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Beliau yang juga merupakan ahli parlimen Bagan berkata, ini bermakna
lebih 40 peratus kamera tidak akan dipasang, mewakili 331 dari 831
kamera AES seluruh negara.
“Ini kerana Pakatan mahu menjaga kepentingan rakyat,” katanya.Kamera AES kini dalam proses percubaan, dipasang di Perak, Selangor,
Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan 14 buah kamera dipasang di jalan raya.
Lim berkata, kelulusan dari pihak kerajaan negeri diperlukan untuk
projek yang melibatkan kerajaan persekutuan untuk membincangkan isu
tanah.
Pihak berkuasa tempatan akan menangguhkan kelulusan untuk pemasangan
kamera AES hingga mereka mendapat lebih banyak maklumat tentang
penggunaan kamera tersebut, kata Lim.“Buat masa sekarang, kita akan tangguhkan dahulu untuk perbincangan.”
Beliau berkata, kerajaan negeri mahukan pandangan dari orang ramai terhadap kamera tersebut.“Kita bukan nak galakkan mereka sesuka hati membuat kesalahan tetapi biarlah secara betul,” kata beliau lagi.TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan