Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 3 Oktober 2012

Najib Dikritik Teruk Di Twitter

Tanpa segan silu dan rasa malu, perdana menteri Najib nampaknya terus meniru strategi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam hampir semua segi termasuk menggunakan media internet.

Belum cukup dengan tindakannya mengambil dan meniru satu-persatu idea dari Buku Jingga yang ditawarkan Pakatan Rakyat, kali ini Najib benar-benar terdesak meraih sokongan terutamanya golongan muda di saat siri kecaman berterusan terus dikenakan ke atasnya gara-gara tidak berani hadir semasa sesi perbahasan bajet oleh Anwar yang dibentangnya sendiri Jumaat lalu.

Dengan meniru idea Anwar menggunakan platform maya Google Hangout bulan lalu, Najib  juga akan menggunakan kaedah yang sama tetapi dengan sedikit perbezaan.

Anwar tidak langsung menggunakan hashtag (#) untuk sebarang persoalan dalam sesi tersebut sedangkan Najib mewajibkan sebarang pertanyaan yang diajukan kepadanya haruslah menggunakan hashtag #tanyanajib seperti yang pernah digunakannya di laman sosial Twitter tahun lalu.

Bagaimanapun belum sempat sesi tersebut berlangsung, hashtag tersebut kini menjadi bahan ketawa dan lelucon pengguna Twitter di seluruh dunia yang meletakkan hashtag itu untuk menyindir Najib.

Antara mesej tertera yang cukup 'menghiris hati' Najib  dan membuatkan kita ketawa apabila membacanya adalah:

@farriseffendy #TanyaNajib pakai minyak rambut apa? #TanyaRosmah

Seorang lagi pengguna menempelak Najib  kerana ponteng sesi di Parlimen semalam semasa Anwar membahaskan bajet BN itu.

@iAMazmar kenapa kamu dan menteri² kabinet kamu ponteng semalam ?#TanyaNajib

Manakala seorang lai pengguna menyindir Najib  dengan mengatakan bahawa isteri Rosmah Mansor itu sebagai 'pengikut' Anwar!

@tHeErvyNa FYI , sebelum ni msa bulan puasa DS Anwar da buat Google Hangout .. skrang PM pun nk buat #TanyaNajib, follower lah tuhh .. hehe

Satu lagi mesej yang membuatkan kita ketawa adalah berkenaan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang ditempelak pengguna yang bertanyakan bilakah hospital bahagia akan dinaik taraf untuk kegunaan Keng Liang!

@mikichoo @tankengliang #TanyaNajib bila upgrade hospital bahagia for you to go back @NajibRazak

Dan soalan di bawah ini pastinya tidak akan dijawab Najib Altantuya!

@ABMsaiful Berapa perbelanjaan untuk Tuan dan Isteri dalam masa sebulan?#TanyaNajib
-------------------------------------------

9 ulasan:

Unknown berkata...

Kalau buku jingga di anggap kitab suci oleh pakatan haram kenapa kutuk najib jika dikatakan najib tiru buku jingga, patutnya bangga.

Dan kenapa pula budget a war bikinan amoi mossad tidak rujuk buku jingga malah bertentangan Sama sekali?

Saolan Dan sindiran d twitter najib jelas di salahguna Dan saolan tidak Ada moral itu memang wajib tidak perlu dilayan

Elok benar najib tiada dlm perbahasan budget kerana standard Yang membahas sekadar gerombolan yg hanya bernafsu kuasa Dan bukannya tulin nak Bela rakyat



Tanpa Nama berkata...

Politik skrg knapa sk menjatuhkan,bkn pemangkin kekuatan?maksud sy,xbina kkuatan sendiri,tp mlemahkan musuh utk nmpk diri kuat... Fhm,mmg dua2 pun stategi,tp klw dgn cara mbina kkuatan diri,kita xkisah klw ada musuh yg lebih hebat dr luar... Mlemahkan musuh hanya buat kita cuai,prasan hebat. Contoh,masing2 pro dan pbangkang ada buget sniri. Tp knapa xmenerangkan apakah kelebihan buget masing2?knapa harus saling mngutuk buget org?lebihkan penerangan kebaikan pihak masing2. Isu tanyanajib,sama gak dsai pun kena perli gak dl,pun xjwb gak. Sbb,saya pcaya dsai sama dgn ds najib,inginkan komen mbina dr akar umbi utk mjana kkuatan mereka... Utk negara..

Tanpa Nama berkata...

Sekali lagi najib tunjuk kehebatanya .Membuka minda kepada semua rakyat malaysia..keh keh ui ui..dan meletakkan perkara tak berfaedah dan mengarat masa kebelakang.
Pembangkang dan para pengikutnya yang 'tegar berjiwa tak sudah itu' mesti bangga seperti orang menang..tapi tergasai daaa kui kui.

litaterm 11

Tanpa Nama berkata...

berani bentang tak berani bertentang

Tanpa Nama berkata...

entah lah..samada najib tak berani ke bertentang waa tak tau. tapi kalau aku pm pun(laaa..)aku fikir meluat gak dengan cara anuar yang men uar-uar kan diri tanpa sikitpun rasa bertanggungjawab samada pada diri..anakbini..keluarga..sebangsa..agamanya..dan negara. tak ada siapa terlepas hasil gelagatnya yang menghampiri dajal monoskopik tuh.

ssibCda 368

Tanpa Nama berkata...

kalau anda pm orang lain pula ketua pembangkang itu kan sistem dalam negara ni.

Tanpa Nama berkata...

sistem yang ada ni nye gitu ler. tunjuk kelaku pun salah satu antara mesej2 diambil kira terutama mereka yang jadi tumpuaan.itu pun yang tidah menyalahi moral adat,peraturan bersama dan undang-undang.kalau aku pm...keh keh..mesej aku ' tak guna membuang masa gitu2 kalau aku dah taupun natijah nya>>tidak membina.kalau nak tolong aku tepati janji2 pembentangan aku tu tak per lah.bukan semua perkara tu mengikut selera.tapi aku pegang 'aku pm...apa hal? janji aku ni pm malaysia untuk malaysia dan dunia. ooii wa tak tau apa (pm sebenar) fikir dengan kelakunya tu.

Mueza berkata...

Xpayah la korang cakap soal moral..Najib sebagai PM selamba je kutuk, sindir dan hentam PR masa bentang bajet..lagi xde moral..bile PR kutuk bajet BN..tau lak marah//

Tanpa Nama berkata...

mueze
dah pr kasi can...membentang duluan bajet 'roti canai telor' itu tu wat per.? moral apa yang nak ditunjuk? kan buang masa dan tenaga.sebagai pm aku rasa dia sampaikan penghargaaan pada semua pengolah bajet dan pelaksananya yang profesional lagi berpijak dibumi nyata..rakyat malaysia.apa pun kaedah sindir dan hentam nih adalah makanan orang politik.tak kata siapa. terbaik ialah mereka yang ikhlas dalam banyak hal.

17 scskelg

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....