Sijil Malaysian Book Of Rekod (MBR)
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (dua kanan) bersama
isteri Datin Seri Asmah Abd Rahman (kanan) menyambut para tetamu yang
hadir pada majlis perkahwinan anak sulung lelaki mereka di Dewan Tun
Ali, Bukit Katil
Perkahwinan “Malaysian Book Of Record” anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, menimbulkan kontroversi apabila pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mempersoalkan sumber tajaan majlis besar-besaran tersebut.
Dalam laporan Bernama dua hari lalu, majlis tersebut telah berjaya
mengumpulkan 130,000 orang untuk makan percuma di Dewan Tun Ali Bukit
Katil, Ayer Keroh.
Ahli dewan undangan negeri (Adun) Melaka kawasan Kota Laksamana, Betty Chew, yang dihubungi oleh The Malaysian Insider semalam menggesa Mohd Ali menjelaskan sama ada majlis perkahwinan tersebut mendapat tajaan atau dibiaya sendiri.
“Sebelum itu saya terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada ketua menteri ke atas perkahwinan anaknya,” kata Chew.“Tapi saya juga berharap beliau harus telus dengan mendedahkan kos majlis tersebut.
“Persoalan saya dan orang ramai ialah mengapa sebegitu besar majlis
itu diadakan malahan ianya lebih meriah jika dibandingkan dengan majlis
rumah terbuka yang diadakan oleh perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib
Razak pada sambutan hari raya lalu.
“Perkara yang perlu dijawab oleh beliau juga ialah dari mana sumber
untuk mengadakan majlis tersebut adakah mendapat tajaan atau dibiaya
secara persendirian,” kata Chew.
Sebelum itu, ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming, menerusi laman
mikro Twitter mempersoalkan dari mana sumber dana tersebut diperoleh dan
jumlah keseluruhan kos majlis tersebut.
“Itu duit siapa?” tulis Nga.
Malahan penasihat DAP, Lim Kit Siang, turut senada apabila
mencetuskan persoalan dan spekulasi dengan membuat tekaan jika kos
setiap seorang adalah RM100 maka kos untuk makan sahaja adalah RM13
juta.
“Mustahil, sekurang-kurangnya RM100 setiap seorang — bersamaan
RM13juta untuk 130,000 orang hanya untuk makanan sahaja,” tulis Lim
dalam Twitter.
Ekoran dakwaan dan tuduhan oleh pemimpin Lim ia turut mengundang rasa
tidak puas hati terutamanya di kalangan pemimpin Umno Melaka, antaranya
Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Akbar Ali, yang
bertindak membidas pemimpin DAP tersebut dalam Twitter.
“Awak ingat ini jamuan makan malam 9 jenis seperti masyarakat Cina
dengan sup sirip ikan yu,” tulis Akbar yang membalas semula tuduhan Lim
dalam Twitter. “Ini cara kamu wujudkan fitnah. Ini orang yang sakit.”
Walaubagaimanapun wartawan The Malaysian Insider masih gagal
menghubungi Mohd Ali Rustam dan menurut setiausaha akhbarnya beliau
ketika ini berada di Kuching bagi menghadiri satu majlis disana.
Majlis perkahwinan tersebut melibatkan anak lelakinya iaitu Mohd Ridhwan, 26, dengan isterinya, Nur Azieha Mohd Ali, juga 26.
Antara tetamu yang hadir adalah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin
Idris Shah, Yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob,
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop, dan bekas ketua
menteri Abu Zahar Ithinin yang juga bapa pengantin perempuan.TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan