KUALA LUMPUR 8 Oktober: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
bersama rombongan jelajah Merdeka Rakyat diserbu penduduk sebaik tiba
di tapak Pasar Malam Titi Gantung Bota, Lumut semalam.
Rata-rata pengunjung pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur
teruja untuk mengenali lebih dekat bakal Perdana Menteri Malaysia ke-7
itu.
Mereka
tidak melepaskan peluang bersalaman dan beramah mesra dengan Ketua
Pembangkang itu dan menyatakan harapan supaya Pakatan Rakyat menukar
kerajaan sedia ada pada pilihan raya umum ke-13.
Bas Merdeka Rakyat juga turut mencuri tumpuan apabila masing-masing
tidak melepaskan peluang bergambar sambil melihat kesan cat merah yang
dilemparkan samseng Umno pada siri jelajah yang lalu.
Anwar meluangkan kira-kira 30 minit melawat pasar tersebut, sebelum berceramah di pentas bergerak yang terdapat pada bas.
Penduduk
setempat mula berpusu-pusu ke tapak ceramah sebaik Anwar menyampaikan
syarahan menyebabkan sebahagian jalan utama sesak dan terpaksa dikawal
unit keselamatan.
Pada ceramah itu, Anwar banyak mengupas isu-isu semasa termasuk
kepincangan Bajet 2013 BN, kerakusan pemimpin Umno membolot harta rakyat
dan komitmen Pakatan untuk menurunkan bebanan hidup rakyat apabila
membentuk kerajaan.KD
1 ulasan:
salam,
membujurlalu melintang patah
KLIK pend asal dan geraja mungkin akan tolak bn di sabah
Catat Ulasan