Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus yang terkenal dengan koleksi ceramah agama di Youtube yang kini sebagai sandaran Pas memeriahkan ceramah politik parti itu telah menolak menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dijangka berlangsung tahun 2012 ini. Kenapa?
Ustaz Azhar Idrus : Enggan Berpolitik Secara Serius!! Pesuruhjaya Pas negeri, Abdul Wahid Endut berkata, beliau difahamkan Ustaz Azhar Idrus enggan terlibat secara langsung dalam politik kerana mahu terus berdakwah dengan cara sendiri.
“Ustaz Azhar Idrus sekarang ini merupakan ikon khususnya di kalangan generasi muda, jika Ustaz Azhar Idrus berada di platform kita, ia sesuatu yang baik, tetapi awal-awal lagi Ustaz Azhar Idrus sudah menolak.
“Difahamkan, Ustaz Azhar Idrus menolak sebelum kami sempat membuat penelitian, lagi pun nama Ustaz Azhar Idrus tidak dikemukakan secara rasmi, cuma disebut-sebut di kalangan ahli parti,” katanya.Hrkh
1 ulasan:
yang penting bukan jadi calon ramai lagi boleh jadi calon tapi tak ramai boleh jadi macam ustaz.teruskan ustaz tiuplah semangat Islam kepada semua insan yang masih bernyawa (dengan izin Allah)
kerja buat kita biarlah ikhlas untuk Islam.mulia setiap bangsa bukan kerana bangsa tapi kerana Islam.
Jalan Islam Hidup Aman Damai (JIHAD)
Catat Ulasan