KUALA LUMPUR, 6 Sept — Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu turut
dikehendaki oleh polis bagi membantu siasatan perhimpunan “Janji
Demokrasi” yang dianjurkan oleh Gabungan Janji pada malam 30 Ogos lalu
sempena ulangtahun Kemerdekaan ke 55.
Menurut Tajuddin Jawwad, setiausaha politik kepada timbalan presiden
PAS itu, polis datang kerumah Mohamad yang mesra dengan panggilan Mat
Sabu (gambar) pada pukul 4.00 petang semalam.
“Sewaktu polis datang, Mat Sabu tiada dirumah, mereka hanya dapat menemui isterinya.“Notis diserahkan oleh polis kepada isteri Mat Sabu yang meminta
beliau untuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi,” kata beliau
ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.
Gabungan Janji disertai oleh 47 NGO yang menganjurkan perhimpunan
Janji Demokrasi di Dataran Merdeka minggu lepas bagi menuntut kerajaan
Malaysia bagi menunaikan segala janji-janji untuk mereformasikan pilihan
raya.
Semalam, polis telah memanggil saterawan negara, Datuk A Samad Said
yang membacakan sajak Janji Demokrasi yang ditulis khas sempena
perhimpunan ambang Merdeka tersebut.
Dalam perkembangan yang sama, pengarah eksekutif Pusat Kesedaran
Komuniti Selangor (Empower), Maria Chin Abdullah turut menerima notis
sama meminta beliau hadir ke IPD Dang Wangi berkenaan dengan perhimpunan
Janji Demokrasi.
Menurut Empower dari sebuah email yang dikirimkan sebentar tadi,
Maria akan bersama-sama dengan Pak Samad untuk melaporkan diri di IPD
Dang Wangi pada pukul 3.00 petang hari ini dengan ditemani oleh peguam.
Timbalan presiden PAS pula akan ke IPD Dang Wangi pada 9 September ini pada sebelah petang.“Selepas gagal berjumpa Mat Sabu, inspektor dari Dang Wangi meminta nombor telefon beliau dari isterinya.
“Mereka dapat bercakap dan Mat Sabu minta untuk ke Dang Wangi pada 9 September ini,” kata Tajuddin lagi.
Setakat ini, Pak Samad, Maria dan Mohamad telah menerima notis untuk
melaporkan diri ke IPD Dang Wang untuk membantu siasatan berkenaan
perhimpunan Janji Demokrasi.
Polis juga telah menahan Muhammad Ammar A. Rahman, seorang pelajar
kolej swata kerana memijak potret perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib
Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor semasa perhimpunan Janji
Demokrasi berlangsung.
Perhimpunan anjuran Gabungan Janji turut diserang oleh PM dan
pimpinan Barisan Nasional (BN) kerana terdapat beberapa anak muda yang
mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dan dikatakan sebagai bendera
alternatif untuk menggantikan Jalur Gemilang.
Individu yang bertanggungjawab mengibarkan bendera alternatif ketika
himpunan Gabungan Janji pada malam sambutan ambang Kemerdekaan telah
membuat pengakuan dan merasakan bendera alternatif yang di bawa pihaknya
layak dikibarkan atas nilai sejarah yang terdapat pada bendera
berkenaan.
Melalui blog www.singaselatan.blogspot.com miliknya, individu
berkenaan mengakui dia dan rakannya bertanggungjawab membuat dan
mengibarkan bendera tersebut, namun menafikan daripada mewakili
mana-mana parti politik kerajaan mahupun pembangkang.
“Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun
pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan
kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang
bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang
kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada
jalur gemilang hari ini,” jelasnya melalui entri di blognya itu.ang hari
ini,” jelasnya melalui entri di blognya itu.TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan