Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 29 Ogos 2012

PAS Cabar Umno Bentang Perincian Hudud

SHAH ALAM 29, OGOS: PAS mencabar Umno membentangkan sendiri perincian perlaksanaan perundangan hudud memandangkan parti berkenaan begitu lantang dan terus menerus memperlekeh hasrat berkenaan.

Cabaran ini dilontarkan sendiri oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang nyata dukacita dengan kenyataan ‘sumbang’ berhubung cadangan perlaksanaan syariat berkenaan terutamanya dari mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bekas Presiden Umno.

Menyifatkan kenyataan Dr Mahathir yang mengatakan tidak pernah menolak hudud seperti yang terkandung dalam Islam dan hanya menolak hudud yang akan dilaksanakan PAS sebagai bentuk pemikiran lama, katanya sehingga kini Umno masih gagal membentangkan perincian hudud sebenar seperti yang digariskan Islam.

Menurutnya lagi, sehingga kini Umno-BN masih membisu berhubung cadangan Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat ditambah kenyataan lantang yang dilemparkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

“Mahathir masih dalam pemikiran lama. Kita minta enakmen hudud ini dibentangkan di seluruh negara. Bagi kita (PAS) tidak mengapa dia (Mahathir) mengatakan ini hudud PAS tapi kita mahu dengar mana hudud dari Umno.

“Kita mencabar bentangkan hudud Umno atau yang didakwa oleh Dr Mahathir di dalam atau luar parlimen kerana sehingga kini tidak ada sepatah pun hudud yang dikatakan betul seperti mana dakwaan Dr Mahathir,” katanya.

Dr Mahathir dalam kenyataannya kepada media semalam menyatakan hudud yang ingin dilaksanakan Pakatan Rakyat mirip kepada hukuman lebih berat dan tiada dalam al-Quran.

Jelasnya, enakmen hudud yang dibuat di Kelantan hasil perbincangan cendakiawan agama yang tidak mempunyai latar belakang politik antaranya Almarhum Prof Ahmad Ibrahim, Almarhum Prof Mahmod Saedon dan Ketua Hakim Syarie Kelantan sekarang, Datuk Daud Muhammad.

Beliau menambah, PAS akan tetap memberikan sokongan kepada mana-mana pihak yang ingin melaksanakan perundangan berkenaan dan beliau percaya dunia memerlukan undangan ciptaan Allah SWT dikala kadar jenayah semakin meningkat.TVS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan Brahim,Ketua Penerangan PAS Pusat tak payahlah nak cabar UMNO pasal kes Hudud.Buang masa dan tenaga aje.Buat aje kerja-kerja penerangan dengan baik dan berkesan lebih mendatangkan manafaat.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....