Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 14 Jun 2012

Video : Nama Individu Cuba Beli Ahli Parlimen PR Didedah



KUALA LUMPUR, 14 JUN: Ketua Parti KITA Kedah, Zamil Ibrahim diminta tampil memberikan penjelasan berhubung kontroversi perbincangan tawaran kepada Ahli Parlimen untuk meninggalkan Pakatan Rakyat dengan nilai RM2 juta.

Cabaran ini dilontarkan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang pada hari ini mendedahkan klip penuh video rundingan tawaran ‘pembelian’ ahli parlimen Pakatan.

Menurut Khalid, Zamil merupakan agen Umno-BN yang berperanan untuk berbincang mengenai tawaran untuk meninggalkan Pakatan.

“Selama ini kita tidak ada bukti. Tetapi hasil daripada kerja-kerja pihak tertentu kita telah memperoleh bukti,” katanya.Menurut Khalid, ahli parlimen yang ditawarkan ini masih kekal bersama Pakatan Rakyat.

Video asal selama tiga jam ini dirakamkan di sebuah restoran di Lembah Klang sekitar setahun yang lalu selepas beberapa pemimpin Pakatan mengisytiharkan lompat parti dan akan didedahkan secara berperingkat.

Tayangan selama 3 minit 41 saat memaparkan lima individu yang sedang berbincang berhubung tawaran habuan sekiranya meninggalkan Pakatan.

Dua daripada individu berkenaan merupakan wakil Pakatan sementara yang lain merupakan wakil agen Umno-BN.Selain ditawarkan wang bernilai RM2 juta, tawaran turut disertakan dalam bentuk kontrak kerajaan.

Berdasarkan transkrip video yang diberikan kepada media, Zamil ada menyebut ‘Kita dapat syiling sahaja….Cuma itu Pak Zaharin…Macam hari itu Datuk Habaq kata’.

Sementara itu, Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, mengesahkan Zamil Ibrahim merupakan bekas ahli PKR.

Beliau merupakan individu yang pernah menawarkan kereta Rolls-Royce sekiranya mana-mana pihak berjaya membuktikan ada individu lain yang mempunyai wajah sama seperti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Fitnah II.

Menurut Saifuddin, Zamil yang kini menetap di banglo mewah Kelab Cinta Sayang Sungai Petani merupakan bekas peniaga burger di pekan Bidong, Kedah sementara isterinya merupakan peniaga ubat ubatan tradisional.

Zamil juga bekas tahanan dadah di Pulau Jerjak selain memiliki beberapa kereta mewah dan motosikal berkuasa tinggi.“Kita mengesyaki perubahan hidupnya disumbangkan melalui aktiviti sebegini.“Saya mempelawa rakan media untuk menelefon beliau untuk membuat pengesahan,” katanya.

Tegasnya, pendedahan ini sebenarnya menguatkan lagi dakwaan Pakatan sebelum ini yang menyatakan wujudnya aktiviti ‘membeli’ ahli parlimen Pakatan dengan habuan wang ringgit yang lumayan.

Dalam pada itu, ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zaharin Mohamed Hashim menafikan beliau ditawarkan wang ringgit meninggalkan Pakatan.

Katanya, tindakkan beliau keluar Pakatan membuka ruang kepadanya untuk bebas mengkritik kedua-dua pihak.TVS

2 ulasan:

Unknown berkata...

tahniah .. berita ini memang ditunggu-tunggu.

Quantum Metal Consultant berkata...

adi awang kata itu bukti 'besi'- mana boleh pakai.

Vedio nawar kote bengkok ditolak takkanlah rakaman 3 minit boleh terima

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....